Sudah halus tuturku memberitahu
Sudah lurus kataku memahamkan kamu
Mengapa masih tidak mengerti
Mengapa terus bertilam emosi..

Awal lagi telah aku khabarkan,
Kerana tidak mahu engkau kesakitan
Pulanglah mengejar cinta
Pada keluarga dan desa
Kerana kita tidak tahu, masa dan ketika
Izrael datang menjemput pulang padaNya

Hidup disini bukan segala-galanya
Hilang teman boleh dicari ganti
Hilang kemasyhuran boleh digali lagi
Hilang kesibukan, masih ada yang menanti
Hilang nama, pangkat dan harta
Boleh saja dicari dimana-mana penjuru dunia
Tapi, hilang saat bersama yang tersayang
Tiada ganti hingga jasad terkubur mati

Kini, mungkin kami semua antagonis cerita
Oleh emosimu yang menyelimuti jiwa
Usah risau, kami redha dan kami rela

Jangan kau ingat aku bahagia melihat kamu derita
Jangan kau fikir aku suka melihat kamu tiada
Gundah hatiku, kamu tidak didepan mata
Entahkan suka, entahkan duka
Kalau masih ada yang boleh aku korbankan,
Ingin saja aku berikan
Namun, apa kan daya..aku juga sedang seksa merawat kesakitan lama
Yang tiada siapa tahu betapa pedihnya…

2 kata kamu:

Deydek said...

selalunya kmk akan mnulis komen,then padamkn agik tanpa brani postkn komen ya dlok..malah kmk xprnh ada kkuatn b4 tok utk mdh apa2 dgn ktk.mun hati tok blh dtangga n fikiran kmk blh dbaca kitak dgn btol n tanpa salah fhm,kn bgs sbb kmk xtau cmni nk m"describe"kn apa yg kmk rasa kinek tok.n sama cm slalu,kmk xbrani nk mdh apa2.i'm speecless..tp kmk mok ktk tauk,yg kmk sgt bterima kasih dgn ktk n mtk maaf ats smua salah kmk thadap ktk n of course kmk sgt bsyukur kpd Allah cz mjadikn ktk sbg atr yg mcorakkn lukisan khidupn kmk.bak kata ktk,even serenjis jak,ya ttap mlengkapkn lukisan ya nk??n renjisan ktk ya bkn stakat melengkapkn,tp mcantikkn n ada significant utk lukisan kmk ya..thanks..(^^,)

Saya mahu kurus said...

yewhuuuuuuuuuu..selamat bercuti semester..all d best utk xm gak..klau pointer kalah ngan bob..blanja kfc ye..hoho