1. Zakiyya-sensei
Sekarang saya sedang buat Kursus Induksi Kendiri di Sek Men Tak Matang, Kuching. Saya rasa nak cerita pengalaman pertama turun ke sekolah sebagai Cikgu Zakiyya. Semuanya saya sudah catat, cuma terlalu panjang untuk diletakkan disini...

2. ...ngah...
Sekarang sedang cuti, hari-hari manghadap Hani dan Wafi anak buah kesayangan saya. rasa ingin bercerita temtang mereka. Tentang becok mulut Wafi 'loyar buruk'. Tentang bagaimana hani mempertahankan diri apabila dibuli oleh Wafi. Tentang bagaimana Wafi tak pernah terlepas menunggu bas sekolah. Tentang dunia mereka yang penuh ceria. belum ada kesempatan untuk itu..

3. ..rindu..
Huhu, masa kat USM tak sabar nak balik, tapi bila dah balik rasa rindu pulak kat USM. rasa ingin bercerita dan berkongsi rasa sepanjang tujuh purnama dibumi lestari tu. rasa ingin bermunasabah mengimbau ceritera tujuh purnama itu untuk dijadikan pelajaran hidup...kerja-kerja itu perlukan ketenangan...

4. ..debat..
saya seorang pendebat (baru pertama kali saya berani membuat pengakuan sejelas ini). terasa ingin bercerita tentang dunia debat yang saya cinta. Agar terjawab persoalan orang-orang yang selalu bertanya, "apa yang ada dalam debat sehingga zakia sangat suka"...InsyaAllah saya akan cuba berkongsi rasa..

5. ..bukan bintang...
masihkah ada ceriteranya? cukuplah lagenda bulan bintangku. Biarlah bulanku beradu, pergilah bintangku berlalu. Ini bahasaku, bukan bahasa kalian yang bisu. Kisah bulan dan bintang sudah berakhir disini. Bulan sudah tiada, bintang sudah pergi, yang tinggal hanya awan putih bersih lambang cinta suci. Bukan kerana aku sudah tidak rindukan bulan, bukan jua aku bencikan bintang, tapi kerana hari sudah siang dan hidup mesti diteruskan.

jadi, cerita yang mana hendak aku khabarkan...
Mungkin ada yang menunggu cerita kembara dibumi darul takzim...tapi tiada apa yang hendak diceritakan. Kembara biasa, langkah kali ke sepuluh, cuma kali ini ada sedikit rezeki...

Cuma disini ada jawapan untuk adik-adik yang menjadi saksi ratap tangisku malam itu, jawapan ini kerana tidak mahu kalian aku tinggalkan dalam persoalan, kerana persoalan akan membuka ruang penyalahtafsiran.. aku memberi jawapan kerana tekaan kalian jauh dari landasan

Kalau kutahu kejayaan itu tidak manis,
Aku tidak akan menangis
Ketika tewas dibenteng badi yang menghiris
Kalau kutahu kejayaan itu tiada makna
Aku tidak akan separuh mati mengejarnya
Lebih baik aku tangisi sebuah kekalahan
Daripada aku berkabung meratapi sebuah kemenangan
Kalau ku tahu aku bukan sesiapa
Aku takkan pernah cuba meminta
Bukankah aku sudah biasa rela dan redha
Tapi kali ini aku terlupa aku hanya zakia
Baru kutahu, ini ‘nikmat’ kecewa

Tangisku sudah ketemu noktahnya
Biar dihunus keris ketujuh
Andai jasad masih bernyawa
Nafas masih ada
Pantang mengalah seorang zakia
Berjuang selagi berpeluang, sebelum terbuang


Cukup ceritanya ini sahaja...aku sudah pulih dengan semangat baru (malah dengan no maxis baru)
Lama sudah tidak berbaring dibawah bintang sambil menyaksikan sinar rembulan. Beberapa kesibukan dan keletihan menuntut terapi alam itu ditinggalkan seketika. Lagipun, teman setia kepenatan. Shiro pasti rindu disitu.. Walau pun hakikatnya sesak jiwa saat ini merindui sebuah ketenangan.

Berbahagialah bebintang yang dekat dengan Tuhan, berbahagialah rembulan yang punya sinar indah. Berbahagialah kamu meratah dagingku. Daging saudaramu yang tidak engkau cinta. Tahukah engkau ghibah itu apa? Apabila kamu berbicara tentang saudaramu apa yang tidak dia sukai. Tahukah kamu firman Tuhan tentangnya? "Dan kecelakaanlah bagi pengumpat dan pencela" (Al-Humazah;1)

Aku tiada pilihan, engkau terlalu suka dengan apa yang engkau lakukan. Lepaskan aku dari hasadmu. Lepaskan aku dari tamakmu. Lepaskan aku dari hidupmu yang penuh dengan protagonis mementingkan diri sendiri. Aku rimas hidup dalam egocentrisme mu itu.

Maafkan aku kerana berasa jemu. Maafkan aku tidak bertahan untuk sedikit lagi waktu. Aku berjanji tidak akan membenci. Bengkak dihati akan aku ubati. Maafkan aku juga kerana tahu isi hatimu, kerana tahu ceriteramu, kerana tahu cabang lidahmu...hanya aku dan Tuhanku yang tahu.

Kalau pun aku menangis kesal dengan panglipulara yang engkau jaja, segalanya tidak akan kembali menjadi asal. Kalau pun aku marah pada ceritera yang engkau bawa, tiada apa yang akan berubah. Aku akan diam disini, kerana hatiku telah kemarau dari simpati.

Kenapa tidak kau bunuh saja jasadku ini? Oh..tak mungkin, kerana kau watak protagonis manusia suci yang hidup dalam simpati...sedang kami sakit terlabel antagonis dalam bisu.

p/s:Post kamek tok khas untuk kitak
Tak tahu nak mula dimana, nak bercerita bagaimana, nak menulis apa ...
Sungguh tak tahu bagaimana mahu meluah rasa..
Kenangan ini sangat manis, bermadu dan bergula...
Terima Kasih ya Tuhan, Maha Agung, Maha Sempurna

Kenangan ini akan bertakhta diingatan dan dihati
HEhe..terima kasih Mus memberikan kenangan ini
Terima kasih Shafiq, adik yang sangat baik hati
(Kakza takkan bidas shafiq seminggu, janji.. )
Terima kasih Amar, persoalan itu akan terjawab nanti
Terima kasih Hanan, setia berbakti...huhu

Oh ya...SELAMAT HARI IBU buat semua Ibu yang sangat mulia..

Mak, za sayang mak. Za akan jadi anak yang baik untuk mak. Za janji za takkan buat lagi pe yang za buat malam ni..opps, za tak buat benda salah atau pun dosa la mak..nakal sikit jer..hehe. Mak pun tau anak mak ni camne kan...;) bile nak berhenti wat keje nakal? hmm..pas kahwin..haha..

Mak..
Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah, kuhadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkelipan, engkaulah kejoraku
Segala untukmu.

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan

Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Didalam keberanian terusik jua perasaan

Tiada hentinya memanjatkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak relaku turutkan hati menyesali apa terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis di azali

Biarlah walau pun ku sepi sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

Beronak berliku jalan ku lalui
Selagi berupaya ku teruskan...fighting!
Aku berkira-kira untuk tidak melakarnya disini. Tapi coretan disini bukankah untuk aku sendiri agar belajar dan menginsafi dari segala yang pernah terjadi. Agar menjadi bekal untuk kehidupan masa hadapan, walau kamu tidak pernah tahu.
Aku sudah merangka-rangka epilog novel kita. Aku mahu pengakhiran yang baik. Berwarna putih. Tanpa kenangan yang hendak disandarkan. Aku tidak mahu walau pun manis apatah lagi pahit. Selesai novel kita ini tercatat, aku akan menyimpannya kemas-kemas dalam almari yang tidak akan aku buka lagi.
Namun aku hanya ada daya untuk merancang dan mengimpikan. Sedang Tuhan punya rahsia takdir yang tidak terungkapkan. Disaat epilog novel kita menghampiri garisnya, mengapa ada kebenaran yang tersingkap sedangkan selama ini aku sungguh rela didustai walau pun aku mengetahui. Aku tidak pernah kisah dibohongi asalkan mataku tidak menjadi saksi. Lantas aku kembali berfikir apakah sebenarnya ingin Tuhan tunjukkan. Semakin lama aku duduk bermenung semakin aku gagal mencari jawapan. Bukan sekali dua, malah berkali-kali cerita dan alasan yang serupa. Kalau Tuhan mahu berikan aku jawapan kepada lapan pertikaian, aku kira aku tidak perlu untuk tahu semua itu. Jadi untuk apa? Mungkin….sekadar kebetulan.
Aku terpandang yaya, teringat elmyra, yang selalu mangingatkan aku, agar berhati-hati dalam setiap keputusan diri. Setiap apa yang Allah takdirkan, pasti ada rahmat disebaliknya. Tidak mungkin takdir Allah ini sia-sia. Memang saat ini aku tidak mengerti, mungkin nanti aku akan memahami…wait and see.
Cuma ku berharap, jangan tinggalkan epilog novel kita dengan warna yang tidak indah. Kalau tidak mahu mencoret warna, biarkan ia putih bersih tidak berwarna, tanpa rasa, tiada apa-apa. Kalau suatu hari nanti kau tidak kenal siapa zakia, aku rela dan aku redha..asal aku dan kau bahagia dihari muka.