1. Zakiyya-sensei
Sekarang saya sedang buat Kursus Induksi Kendiri di Sek Men Tak Matang, Kuching. Saya rasa nak cerita pengalaman pertama turun ke sekolah sebagai Cikgu Zakiyya. Semuanya saya sudah catat, cuma terlalu panjang untuk diletakkan disini...

2. ...ngah...
Sekarang sedang cuti, hari-hari manghadap Hani dan Wafi anak buah kesayangan saya. rasa ingin bercerita temtang mereka. Tentang becok mulut Wafi 'loyar buruk'. Tentang bagaimana hani mempertahankan diri apabila dibuli oleh Wafi. Tentang bagaimana Wafi tak pernah terlepas menunggu bas sekolah. Tentang dunia mereka yang penuh ceria. belum ada kesempatan untuk itu..

3. ..rindu..
Huhu, masa kat USM tak sabar nak balik, tapi bila dah balik rasa rindu pulak kat USM. rasa ingin bercerita dan berkongsi rasa sepanjang tujuh purnama dibumi lestari tu. rasa ingin bermunasabah mengimbau ceritera tujuh purnama itu untuk dijadikan pelajaran hidup...kerja-kerja itu perlukan ketenangan...

4. ..debat..
saya seorang pendebat (baru pertama kali saya berani membuat pengakuan sejelas ini). terasa ingin bercerita tentang dunia debat yang saya cinta. Agar terjawab persoalan orang-orang yang selalu bertanya, "apa yang ada dalam debat sehingga zakia sangat suka"...InsyaAllah saya akan cuba berkongsi rasa..

5. ..bukan bintang...
masihkah ada ceriteranya? cukuplah lagenda bulan bintangku. Biarlah bulanku beradu, pergilah bintangku berlalu. Ini bahasaku, bukan bahasa kalian yang bisu. Kisah bulan dan bintang sudah berakhir disini. Bulan sudah tiada, bintang sudah pergi, yang tinggal hanya awan putih bersih lambang cinta suci. Bukan kerana aku sudah tidak rindukan bulan, bukan jua aku bencikan bintang, tapi kerana hari sudah siang dan hidup mesti diteruskan.

jadi, cerita yang mana hendak aku khabarkan...

7 kata kamu:

A Mutalib said...
This comment has been removed by the author.
aini said...

nak dengar semua cerita :)

Diyana said...

hanya mereka yg berada dlm dunia debat sje yg mengetahui rs cinta itu akan akk?
de gak org tnye d yg nmpak mcm sgt obses ng debat,d jwb hnya mereka yg berada di dlmnye yg fhm.

Fathen Aqilah said...

akak,bulan xpenah tiada..bintang xpenah pergi..sume masih berada pada tempat yg telah ditetapkan oleh yg maha kuasa..smoga akak sntiasa bahagia..........

Zakia Setu said...

1.huhu..semua criter...sediakan popcorn ye...
2. nathla di..camne nk crite kat org perasaan tu..huhu
3. memang bulan dan bintang sentiasa ada pada tempatnya, tapi tika siang biarlah hidup dengan kenyataan teriknya sang mentari..hahah

Hawa said...

"Ya Allah,kurniakanlah insan ini kebahagiaan dan redhalah untuknya di dunia dan akhirat..amin"
blh nk pinjam ayat ktk untuk ktk?
("semoga kau mengerti")..(^^,)

Anonymous said...

sy pun suke debat.. tapi tak pandai