Lama sudah tidak berbaring dibawah bintang sambil menyaksikan sinar rembulan. Beberapa kesibukan dan keletihan menuntut terapi alam itu ditinggalkan seketika. Lagipun, teman setia kepenatan. Shiro pasti rindu disitu.. Walau pun hakikatnya sesak jiwa saat ini merindui sebuah ketenangan.
Berbahagialah bebintang yang dekat dengan Tuhan, berbahagialah rembulan yang punya sinar indah. Berbahagialah kamu meratah dagingku. Daging saudaramu yang tidak engkau cinta. Tahukah engkau ghibah itu apa? Apabila kamu berbicara tentang saudaramu apa yang tidak dia sukai. Tahukah kamu firman Tuhan tentangnya? "Dan kecelakaanlah bagi pengumpat dan pencela" (Al-Humazah;1)
Aku tiada pilihan, engkau terlalu suka dengan apa yang engkau lakukan. Lepaskan aku dari hasadmu. Lepaskan aku dari tamakmu. Lepaskan aku dari hidupmu yang penuh dengan protagonis mementingkan diri sendiri. Aku rimas hidup dalam egocentrisme mu itu.
Maafkan aku kerana berasa jemu. Maafkan aku tidak bertahan untuk sedikit lagi waktu. Aku berjanji tidak akan membenci. Bengkak dihati akan aku ubati. Maafkan aku juga kerana tahu isi hatimu, kerana tahu ceriteramu, kerana tahu cabang lidahmu...hanya aku dan Tuhanku yang tahu.
Kalau pun aku menangis kesal dengan panglipulara yang engkau jaja, segalanya tidak akan kembali menjadi asal. Kalau pun aku marah pada ceritera yang engkau bawa, tiada apa yang akan berubah. Aku akan diam disini, kerana hatiku telah kemarau dari simpati.
Kenapa tidak kau bunuh saja jasadku ini? Oh..tak mungkin, kerana kau watak protagonis manusia suci yang hidup dalam simpati...sedang kami sakit terlabel antagonis dalam bisu.
p/s:Post kamek tok khas untuk kitak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 kata kamu:
haha..komen sendiri.
Di, sarcastic tak post kali ni?..haha
zakiyya, siapakah orgnya yg telah kitak laharkan sepedih ini?? wahahaha... kim slm kat suma... tgh bowink tok. alu jenguk blog ktk.
akak..hepi holiday..
slmt berROS..
hehe..rindu kat bulan,awan dan bintang..mgkin xnampak tp selalu ada..
1. fuzah, hehe..dh lejuk make bahasa sik pedih..tulis jaklah bahasa pedih..mun x paham juak..xtauklah..
2. thanks aten, kakza ROS smbil sempt blogging hahaha
Post a Comment