Kalaulah kebahagian itu diukur dengan kesempurnaan,pasti tidak pernah ada manusia yang bahagia kerana tiada manusia yang sempurna. Kebahagian itu tentang begaimana kita menikmati kehidupan dan menjadikan segala yang hadir dalam hidup ini adalah suatu kenikmatan. Kerana itulah kita boleh menyaksikan ada manusia yang tidak punya apa-apa dalam hidupnya tapi merasa cukup bahagia kerana dia menjadikan sedikit yang ada dalam hidup itu suatu kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Dan ada juga manusia yang punya segala-galanya tapi tidak pernah bahagia kerana tidak merasakan segala yang ada dalam hidupnya itu suatu kenikmatan dari Tuhan.

Aku juga sedang cuba menukarkan segala yang aku ada menjadi sebuah kenikmatan. Pernah air mata ku jatuh tidak tertahan hanya kerana dikatakan bukan gadis rupawan, dibandingkan betapa jauh aku dari indahnya rembulan. Kelakar! Menangis kerana tidak dikatakan cantik. Sedangkan yang berkata bukan mengutuk, sekadar meluah apa yang benar. Namun aku bersihkan akal, agar aku tidak lupa bahawa Tuhanku telah memberi kurnia beranggota sempurna, tiada cacat celanya. Bukan suatu kesalahan menjadi seorang gadis tidak cantik. Ia juga sebuah kenikmatan dari yang Esa. Hasilnya, katakanlah apa sahaja tentang aku, aku sudah terlalu biasa mendengarnya. Kerana aku hanya mahu bahagia!

Berbahagialah dengan menikmati kehidupan. Bangkitlah dari belenggu diri sendiri yang selalu menghalang kita untuk mengecapi bahagia. Hidup ini ada pasang surutnya. Dirikan kehidupan dengan sebuah pegangan, kutiplah segala bahagia yang telah dikirimkan Tuhan dan bersedialah untuk kembali dalam kepuasan.

Oh ya…pesanan dari yAyA. Kalau mahu melihat tuannya berpakaian warna sepadan, bolehlah datang pada salah satu hari yang kalian mahukan. Sama ada dihari tuannya dalam baju persandingan atau ketika tuannya dalam bungkusan kain kafan. Selain dari hari-hari itu, tuannya hanya berbaju setakat mampu. Peace.

p/s: saje memenuhi permintaan abg am yg mmg ske mencapap. this entry untuk one of my beloved junior, izah.

4 kata kamu:

Amri said...

Wah, konsep??
Mana aci nak tujukan kat Izah plak last last.

Hehe.

Zakia Setu said...

ish3...abg am ni..x bersyukur tul la..za dh tulis nama penuh dh tu..haha..
xpe2..nnti free, za wat post khas tuk abg am siap dgn gmbar skali..

Amri said...

haha:D

Anonymous said...

siapa kita,kita yg tentukannya..
seratus yg mgatakan kita tidak indah dan sbgnya,insan keseribu mgkin mgatakan sebaliknya..hanya belum bertemu yg ke1000 itu..aku,kau berbeza,namun kita tetap istimewa:) -izah-