Hari ini sengaja aku tidak kemana-mana. Seorang diri dibilik, roommate tiada. Menikmati sunyi lengang yang semakin jarang ada.Tidak menghubungi sesiapa. Mesej yang sampai aku balas setelah beberapa ketika. Novel ‘Abu Ubaidah Penakluk Parsi’ sudah separuh dibaca. Dua majalah Wanita juga sudah habis dicerna. Namun tidak satu pun berjaya menghalang akal ku mencongak masa silam dan menghitung masa hadapan.
Perancangan hidup perlu diteliti semula. Ada janji yang mesti ditunaikan. Ada amanah yang perlu dilangsaikan. Ada beban perlu dilunaskan. Ada impian dan cita-cita yang perlu dikejar dan pasti ada cinta yang perlu dikorbankan seadanya.
Prinsip hidup perlu ditegakkan. Bukan dengan emosi ‘keinginan’ atau ‘keegoan’. Tegak atas landasan iman. Berdiri menepati fitrah penciptaan insan. Kalau tidak hidup ini akan seperti lalang. Ditiup angin ke kiri ke kanan, ketika angin kencang rebahlah lalang, kecundang!
Prinsip dan matlamat hidup akan membentuk siapa kamu. Kutiplah seberapa banyak nikmat dunia tanpa lupa nikmat-nikmat itu akan ditinggalkan juga akhirnya. Jangan sesekali lupa ketika jasad dan roh terpisah, semoga ada bekal yang boleh dibawa. Jasad ini akan dimakan ulat dalam liang lahad, maka usah terlalu gusar dengan kehodohannya. Sedang roh akan menempuh perjalanan yang maha panjang, persiapkanlah teman buatnya. Inilah yang sepatutnya mendasari prinsip kehidupan. Kemudian, cantikkanlah ia dengan apa jua pegangan seperti mana kamu mahu dikenali. Sama ada gadis pendek dalam bendera brazil atau pemuda tampan dengan sut sepadan, tiada salahnya...
Namun harus diingat juga, bahawa prinsip dan pegangan yang kita bawa tidak akan disukai semua manusia. Akan ada ketikanya, kita dikagumi kerana kerasnya hati mempertahankan kepercayaan, sedang dalam masa yang sama ada juga yang memperlekehkan kononnya kepercayaan itu sudah lapuk ditinggal zaman. Ini dilemma namanya, jangan mudah mengalah, sebaliknya lakukan muhasabah. Selagi prinsip dan kepercayaan itu betul pada jalan Allah dan tepat mengikuti sunnah, percayalah bahawa ejek dan lekeh itu adalah dari bisikan syaitan yang nyata. Jadi, tetapkan siapa kamu dalam novel hidupmu dan bantulah aku menetapkan siapa aku dalam perjalanan matiku.
Kita sama-sama manusia. Tidak pernah lari dari sifat manusia. Sentiasa kita lakukan kesalahan, sentiasa juga kita ingin dimaafkan. Selalu kita membuat perangai menyakiti hati, selalu juga kita berharap agar disayangi. Sering kita merindui, kerap juga kita punya rasa benci. Cuma yang membezakan kita, begaimana bereaksi, mengawal diri, melembutkan hati dan memimpin emosi.
Terlalu banyak lagi yang ingin ditarikan oleh jemari ini. Mengikut melodi dari hati yang sedang menikmati sunyi. Masih ada yang ingin dikongsi. Masih ada yang mahu diteliti, bukan tentang orang lain, tapi tentang diri sendiri.
Cukuplah kali ini..izinkan aku menyayangi kalian dari sudut hati yang paling dalam. Sesiapa sahaja kalian yang pernah hadir dalam hidup. Kehadiran kalianlah yng telah membantu aku membina siapa aku. Tidak kiralah yang menyayangi atau yang melukai, yang menbenci atau yang mengasihi, yang membebankan atau yang meringankan, yang menjadikan aku robot beriman atau manusia penuh perasaan, sesiapa sahaja dari kalian yang membaca…salam sayang dari aku dan yAyA..
p/s: memang entri tidak ada kaitan dengan abg tra, saje letak name die sbb die nak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 kata kamu:
hah. saya nak gak!
walaupun bukan sifu kan
wahhhh bila plak aku mintak, korang yg nak buat kan tiru bob.hahaha
so sweetttttttttttttttt
a tra
hah, tak kira. nak mintak jugak. nak mencapap:D
ntah..dlm blog pon nik tiru org..zakia sgt!!haha
1. ok abg am, permintaan dah ditunaikan...hahaha
2. la...rupenye ni pasal tiru bob ek..za x dengar sangat isi perbualan abg tra dgn diyana smlm...ingtkn saje nk mengenakan abg tra...kalu tau nk meniru bob..cnfrm x wat..haha
3. sori bro...lain kali x tiru dah..haha
Post a Comment