-saya ada ceritera hati yang hendak disampaikan-
-saya ada kerisauan yang mencengkam-
-saya ada irama yang hendak ditarikan-
-saya ada kata-kata yang hendak dilafazkan-
-saya ada rindu yang tertahan-
-saya ada resah yang rencam-
-saya ada sayang yang tersimpan-
-saya ada kepercayaan ingin dikhabarkan-
-saya ada penantian yang panjang-

tapi saya tidak dapat melakukan apa-apa melainkan hanya menunggu dan mengharapkan keteguhan sekeping hati yang berjuang

Saya seperti sangat mahu pulang dan tidak mahu lagi datang. Saya ingin sekali pergi, tanpa mahu lagi kembali. Kerana saya amat kecewa ruang kedua yang dipersia...

3 kata kamu:

Anonymous said...

hampir terlupa tentang satu perkara..
tentang peluang yang bukan selalu datang...
bodoh bukan??..
saya tidak mahu bodoh sekali lagi..
menangis tanpa punca juga rasa..
jadi,apa dosanya berjuang untuk sesuatu yang amat bermakna..
saya tidak mahu persia peluang itu
kerana saya juga ada cinta
kerana saya juga ada rindu
kerana saya juga ada sayang
yang amat dalam tempatnya
maka..
wajib untuk saya berjuang..
=)

sarjanahati said...

saya ada diri saya untuk disayangi

saya ada kamu di sisi hati untuk dikasihi

dan saya ada Tuhan untuk sama-sama saya dan dia mencintaiNya

Anonymous said...

saya ada sikat
saya ada ubat gigi
saya ada tupperware
saya ada deodorant
saya ada towel pink

saya ada apa lg ek?
byk ni..tp buat masa ni...
tu je la..
tu ar....