Kita saling dipertemukan oleh asbab yang sama. Tidak pernah kita menyangka akan terlontar ke dalam kemelut yang serupa. Hingga akhirnya kita terpaksa mangaku dewasa dan menerima kehendak dan tuntutan hidup yang meminta.
Kita juga punya matlamat yang seia. Mahu memperbaiki hidup menjadi insan mulia. Kita mencari teman yang boleh disandarkan. Tapi sayang kitaran itu hanya antara kita. Kita tidak bisa melepaskan kerana kita amat memerlukan, dan kita tidak mampu melepaskan kerana kita diperlukan.
Betapa kita terpaksa akur bahawa kita tidak pernah meminta ini semua. Tetapi siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir yang telah terlakar sejak sekian lama. Kita hanya manusia yang daif dan kerdil selaku hamba. Hari ini kita tegar berkata, esok kita tidak tahu bagaimana…
Telah banyak air mata kita tumpah kerana kudrat kita lemah. Sudah banyak kali kita lepas berserah kerana hanya mampu untuk pasrah. Jalan keluarnya tetap belum kita jumpa. Jawapannya masih lagi belum nyata. Dan kita hanya mencuba untuk terus bertahan, teguh pada apa yang kita percayakan.
Teman, percayalah bahawa Tuhan sedang menguji kita. Kita sedang diajar tantang sabar dan tentang redha. Tuhan ingin kita mencari apa sebenarnya makna Cinta. Tuhan ingin kita tahu bahawa dunia ini bukan kita yang punya. Tuhan mahu kita sedar bahawa syurga itu terlalu mahal harganya. Dan Tuhan turunkan resah dan derita ini, kerana Tuhan sayangkan kita dan mahukan kita mendapat segala yang terbaik dalam hidup.
Pesanan buat kita yang aku terima digerbang Ramadhan mulia… “za..pertemuan hati adam dan hawa akan berlaku sekiranya masing2 mencintai Tuhan. Kalau salah seorang daripadanya tersimpang, maka secara automatiknya dia akan tersingkir dengan sendirinya” pesanan yang menenangkan.
Jadikanlah Ramadhan ini, madrasah untuk kita meneliti. Apakah benar kita hidup untuk Tuhan atau sekadar mendambakan insan…Nauzubillahhiminzalik..
4 kata kamu:
Ikhlas..
bukan kerana sesiapa
tapi kerana dia.. =)
Ikhlas..
bukan kerana sesiapa
tapi kerana dia.. =)
susah untuk definisi hati dan perasaan xsemudah definisi ketika debat. keyakinan pada suatu pertemuan jika bukan di dunia, pasti di akhirat kelak adalah ubat duka dan kekecewaan kerna cinta tidak seharusnya memiliki
X faham post ni. xtau nak komen ape. tp nk komen gak. so sy akan menyanyi...
Saya ada bola.
Bola saya bulat.
Kalau tidak bulat.
Bukan bola saya...
Post a Comment