Dihujung-hujung zaman ini, perang sudah umpama agenda biasa yang pasti akan berlaku. Bukan setakat perang nyata yang sedang bergolak di atas bumi para anbia. Tapi perang itu melata di atas dunia. Perang dua bangsa, perang politik negara, perang budaya, jati diri, maruah dan harga manusia. Segalanya dalam medan perang yang mengerah keringat dan air mata.
Perang-perang itu nampak jelas dihadapan mata dan kita tiada pilihan melainkan menyerang atau bertahan. Itu perang yang jelas, yang payahnya berperang dimedan yang kita tidak sedari.
Pelik? Tidak. Dalam diri kita saat ini sedang berlaku peperangan di medan seketul daging yang menguasai badan. Jika baik daging itu, baiklah jasadnya, jika buruk daging itu, bahaya! Itulah hati, medan perang yang besar antara iman kebaikan dan nafsu kejahatan. Peperangan itu tidak pernah berhenti melainkan salah satu daripadanya menang dan berkuasa. Andai iman yang menang, selamatlah jasad dari menjadi bahan bakar. Andai nafsu bertahkta, bepestalah iblis durjana kerana dia punya teman ke neraka. Bukan mudah menyelamat iman dalam peperangan ini kerana syaitan telah berjanji mencari seberapa banyak konco ke jahanam. Dan kita pula tidak pernah ada jaminan bahawa akan selamat atau kecundang. Hanya satu jalan yang boleh membantu, kau serahkan seluruh jasad dan hatimu pada Tuhan yang Maha satu. Biar kau datang padaNya dengan dosa sepenuh langit dan bumi dan engkau memohon ampun, nescaya Dia mengampuni mu, kerana Dia Tuhan Maha Mulia, Pengasih dan Penyayang. Itulah jihad yang lebih besar dari peperangan.
Isnin, 22 December 2008
1143 am

Ada banyak benda nak tulis, sampai tak tahu nak mula dimana…hmm, kali ni nak bercerite jelah, dengan bahasa santai..

Semester baru, macam selalu, sebagai student sains pendidikan atau nama eksklusifnya ‘pelajar anak tiri’ memang sangat kalut awal-awal sem ni. Nak register tp kena rujuk kat tiga school. School major, school minor n school pendidikan. Dan masalah utama yang paling popular adalah clash. Pertindihan jadual waktu. Contohnya, satu paper pendidikan wajib ambik sem ni sebab offer sem dua je, clash dengan paper major yang mesti amik sem ni sebab kalau x amik sem ni, sem depan xleh amik paper tuk next level. Huhu..pandai2la nak hidup camtu. Kadang2 de student yg try mintk tukar waktu kuliah mase 1st kuliah. Klu lecturer faham. Bolehla die consider, tapi bukan mudah nak carik satu mase ganti lain yng match dgn hampir 100 studnt dlm kelas tu..plg sedih kalau lecturer x faham and said “budak pendidikan slalu buat trouble dgn jadual”. Kadang2 de gak kursus yg de kuota. So kena rebut tuk dpt masuk. Biasanya budak school tersebut lah yang akan diberikan keutamaan. Nilah keadan “anak tiri” tu..so, pengajarannya, hormatilah dan sayangilah cikgu anda sebab bukan mudah nak jadi cikgu walau pun kerjaya ni xlah sehebat kerjaya2 lain, dan walau pun keadaan ni berlaku kat u aku jer…hehe.
Rasenye, sem baru ni menjanjikan kesibukan yang lebih daripada sem lepas. Bnyk amik paper pendidikan yang kena buat kerja kursus yang bagi peratus besar. De satu paper tu, 100% coursework. Budak course lain pun kena wat coursework gak, tp bdk pendidikan ni kdg2 kena wat courswork yg melibatkan kena dtg sekolah, jumpa cikgu2 kdg2 tu pinjam student dieorg…pernah gak student, jgn kata nk mintk kebenaran pengetua tuk wat xtvt kat sekolah, nak masuk pintu pagar sekolah pun pak cik guard x bagi..huhu…siannyer..
Tapi, hari permulaan sem ni sangat baik. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Cuti lepas pun sangat best. Sungguh2 cuti.
Ish…naper nak crite bende ni smue, x penting langsung kan tuk orang lain tau…smue org yang bergelar student mmg akan menghadapi bende yang same. Mane de student yg x bz. Dah name pun student u, pandai2lah nk hidup…naper nk criter ek?

Sebab saya nak kongsi dgn awak bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup ni, tidaklah terjadi dengan sia-sia. Datang dengan hikmah yang telah ditetapkan.
“Dan Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya dengan sia-sia.” Sod;27

Pengajaran ada dimana2 untuk orang yang mahu berfikir, waima mendengar cerita dari seorang adik kecil pun...ingatlah selalu walau susah atau senang, apa jua kedaan, dimana jua atas bumi Tuhan, Allah selalu sayang…
“ Maka ingatlah kepada-Ku, aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kpada-Ku” Al-Baqarah; 152

Selamat Meneruskan Perjuangan!
Saat kehilangan yang aku tunggu sudah tiba. Mujur sudah aku siapkan diri dan hati agar kuat dan tabah. Tiada setitis airmata pun yang jatuh berderai. Malah ku gagah menyambut kehilangan dengan senyuman. Syukur padaMu ya Allah mendengar rintihan hatiku yang sering memohon agar diberikan kekuatan untuk bersyukur disaat mendapat nikmatMu dan tabah disaat Kau ambil semula pinjamanMu. Detik kehilangan, aku masih tersenyum mekar. Tiada garis luka yang mencalar. Langkah tidak terhenti, hati tidak sunyi. Perjalanan dihadapan masih panjang. Yang telah berlalu tidak akan kembali berulang. Aku akan terus memandang kehadapan, senyum dengan cinta dan kasih sayang, duri dalam perjuangan, meredah onak lautan, kerana hidup ini bukan untuk insan tapi untuk Tuhan. ni yAyA


ni "imtinan"


ni zakia

...penghujung kembara memaksa jemari ini untuk menari lagi...

Setahun sudah berlalu, kisah semalam dan hari ini tidak akan sama. Kembara diraja seperti juga kembara yang lalu, penuh makna dan palajaran hidup. Cuma kembara kali ini membawa bahagia yang lebih berbekas dihati.

Pelajaran pertama, aku teringat kata-kata ku sendiri sewaktu kembara cameron highland yang lalu. Tatkala teman-teman bersembang kenapa bunga-bunga yang sangat indah, kembang mekar harum cantik di puncak cameron highland, apabila dibawa ke bawah, akan hilang segala serinya, waima strawberry pun hilang manis bertukar masam. Aku menjawab tanpa berfikir panjang, ku katakan keindahan itu Allah ciptakan dan Allah letakkan indahnya disitu. Memang itu tempatnya. Ia indah disitu. Dan Allah selalu meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya, kerana Dia tahu dimana segala sesuatu itu selayaknya ditempatkan. Sewaktu melafazkan kata-kata itu, aku kurang fikir, hanya luahan bibir. Tapi kembara diraja, memberikan aku erti pada kata-kataku sendiri. Dipentas akhir aku menyaksikan sememangnya mereka layak disitu. Dan aku sememangnya berada ditempat yang telah Allah tetapkan untukku. Tiada kekesalan. Aku hanya layak melekat di benteng suku. Percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk engkau dan aku.
Pelajaran kedua, adil itu meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Bukan mudah berlaku adil. Sering kali kita menzalimi bila tidak meletakkan sesuatu itu pada haknya. Sukar untuk adil, namun lebih sukar tatkala dizalimi. Dizalimi oleh manusia yang menutup sebelah telinganya. Dinilai oleh manusia yang membutakan hatinya. Dihukum oleh manusia yang tidak pernah ada hak untuk memberi hukuman. Dilabel sebagai pesalah oleh insan yang berat sebelah. Dicerca oleh jiwa yang penuh dendam. Dimanipulasi oleh hati yang tidak mahu memaafkan. Menjadi mangsa kezaliman menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan. Kesakitan hati yang bukan kepalang dek tidak pernah diberikan ruang membela diri atas sebuah kezaliman. Kezaliman watak manusia yang kononnya mahu kelihatan baik dihadapan manusia lain. Memang disaat menghadapi kezaliman ini aku derita. Kusimpan kemas, tidak kuzahirkan melalui kata-kata mahu pun air muka. Pilihan dua buat kita, pertemuan dan penyelesaian didunia atau pertemuan di mahsyar. Pelajaran kedua ini paling berguna, jangan mudah percaya!
Pelajaran ketiga, kata abang, kasih sayang itu ada pelbagai. Seribu satu jenisnya. Sehingga ada yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Tidak mampu dijelaskan dengan butir bicara. Sungguh hanya dengan keluarga debat ini aku merasai kasih sayang sedemikian rupa. Terima kasih, aku juga sayang pada kalian, dari lubuk hati yang paling dalam! Di hujung kembara kita, rindu sudah bermula…

Melodi gundah selalu menggerakkan jemari menarikan rasa hati
Cerita dan perjalanan hidup mencari Tuhan akan pasti menemukan kita dengan hamparan ujian. Kalau derita tahulah dipujuk hati agar bersabar. Tapi kalau ujian itu seperti hadiah, mungkin kerap kali hati lupa bahawa hadiah itu juga ujian dari Allah.
Hadiah dan si pemberi hadiah, mengingatkan aku pada sebuah buku karangan Ustaz Pahroi Juoi bertajuk Tentang Cinta. Aku paling suka pada analogi beliau yang satu ini. Kita, di saat mendapat hadiah, pasti akan gembira, tidak sabar untuk membuka balutan indah kotak hadiah yang di terima. Kadang-kala hingga terlupa mengucapkan penghargaan kepada si pemberi hadiah. Lebih-lebih lagi mendapat hadiah ketika hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran, selepas kejayaan dan sebagainya.
Tapi, bila direnung kembali, hadiah bukan diberi semata-mata untuk menghargai hadiah itu sendiri, tapi hadiah adalah simbolik ingatan si pemberi hadiah tentang sesuatu yang istimewa tentang diri kita. Tanda dia ingat pada hari lahir kita, tanda dia peka akan kejayaan kita dan berkongsi rasa gembira itu. Maka sewajarnya, yang mana harus lebih dihargai? Hadiah atau si pemberi hadiah? Mungkin ada yang akan menghargai hadiah tanda penghargaan kepada si pemberi hadiah atau ada yang menghargai si pemberi hadiah kerana mengerti hadiah adalah manifestasi rasa si pemberinya. Yalah, mana ada kita memberi hadiah sesuka hati kepada sesiapa sahaja tanpa mengenali siapa dirinya. Hanya orang tertentu sahaja akan memberi hadiah kepada kita dan hanya orang tertentu akan mendapat hadiah dari kita. Bukan semua.
Tapi sayangnya, disaat mendapat hadiah dari Tuhan, kita amat gembira menerimanya sehingga kita lupa kepada Si Pemberi hadiah. Jika kita memberikan hadiah tanda ingatan, Allah memberikan nikmat agar kita ingat padaNya. Sekiranya kita ingat dan bersyukur maka akan bertambah nikmat dariNya, jika kita lupa dan kufur, sungguh itu tidak akan mengurangi perbendaharaaNya yang Maha Kaya.

“Jka kamu bersyukur, maka Aku akan menambahkan (nikmat) itu kepada kamu dan jika kamu engkar (akan nikmat) maka sesungguhnya siksaan-Ku amat keras” Ibrahim:7

Tapi sayang, selalunya hadiah itu kita jaga, tapi si pemberinya kita lupa...Mohon ya Allah Maha Pemurah, rinduku pada hadiah yang Kau berikan, menguatkan rinduku kepadaMu yaTuhan.


Tatkala kebosanan menghadap buku dan cuba meghadam kandungannya, hati ini dilanda resah yang datang tiba-tiba. Mungkin sebab ilmu kaji tumbuhan ini agak sukar dicerna. Lantas buku-buku itu ku tutup dan tangan segera menekan punat ‘On’ pada laptop tersayang.
Satu persatu laman web dibuka mencari pengisian untuk menyegarkan hati yang gundah ini. Seperti biasa, Saifulislam.Com dan Minda Mufti, laman web Dr M. Asri menjadi tempat persinggahan mata. Segala isi kandungannya dibaca agar dapat memberi tazkirah pada hati nan gundah.
Namun hati masih juga terasa gelisahnya. Lantas aku hentikan pembacaan. Menghela nafas panjang, duduk bersandar dan cuba menenangkan hati. Mungkin ada sesuatu yang perlu difikirkan. Satu-satu apa yang berlaku di hari-hari kebelakangan ini menerjah ruang ingatan. Kitar hidup di minggu peperiksaan ini sama sahaja setiap hari. Membaca dan membaca nota-nota yang dikumpul sepanjang semester untuk dihadam habis-habisan sebelum dimuntahkan di atas kertas peperiksaan. Cuaca yang agak panas juga menghalang niat ku untuk keluar kemana-mana. Waima ke café pun aku terpaksa kalau tidak dek perut yang lapar. Bukan itu semua yang datang membawa gundah dijiwa saat ini.
“Erti hidup pada memberi”, itu yang selalu ku baca dalam tulisan AbuSaif. Mungkin itu yang gersang di hari-hari kebelakangan ini. Budaya nafsi-nafsi yang mengundang gundah di hati. Tiada kesempatan untuk “memberi” dek kesibukan peperiksaan setiap mahasiswa universiti dalam taman ini. Sedikit-sedikit jawapan pada gundah hati ini, terjawab sendiri. Maka, kalau begitu, mungkin ziarah boleh menjadi penawarnya.
Erti hidup pada memberi, maka kuranglah erti hidup jika kurang memberi. Memberi bukan sekadar pada material semata. Tapi memberi biar dengan hati. Berkongsi nikmat hidup dan kebahagian yang ada. Pemberian yang telah diamanahkan adalah ilmu yang ada dalam jiwa. Biar ilmu sungguh cetek, tapi berikanlah jua pada sesiapa untuk dikongsi bersama. Ilmu paling mulia adalah yang bisa membawa manusia kembali pada Tuhannya. Maka, agar hidup ini bereti, memberilah, dan untuk memberi, perlu ada sesuatu yang hendak diberi, jadi carilah. Sedikit ketenangan menjalar dalam hati selepas muhasabah ini.
Separuh gelisah yang berbaki, kufikirkan nikmat dari Tuhan yang terlalu banyak. Adakah hati ini sudah bersyukur atau hati ini masih lagi kufur. Nau’zubillahhiminzalik. Ada sesuatu yang aku perlu nasihatkan pada hati, dan ingatkan pada diri. Bersyukurlah pada nikmat yang ada selagi Allah masih meminjamkannya padaku. Bersedialah untuk kehilangan nikmat-nikmat itu tatkala tiba saat dan waktu. Pagi ini Allah dekatkan lagi nikmatNya padaku. Tidak pasti berapa lama akan menjadi nikmat dari Tuhan. Atau sekadar persinggahan untuk ditukarkan kepada ujian bagi menguji kesabaran. Saat kehilangan nikmat itu pasti akan tiba, pasti! Cuma entah tidak tahu bila. Disaat akal ini masih lagi sihat, jiwa ini masih lagi beringat, semakin dekat nikmat itu datang semakin aku membina kekuatan menanti hari kehilangan. Agar aku masih boleh tersenyum walau dalam tangisan dan masih lagi bersyukur walau dalam ujian.
Dihujung tarian jemari, gundah ini hilang…subhanAllah!
Biar rindu ini mekar…

Pada saat kesunyian kita selalu kembali dalam kenangan. Sewaktu keseorangan kita sering tenggelam dalam kerinduan. Sehingga kita lupa bahawa masa lampau adalah sesuatu yang pasti tidak akan kembali, yang ada hanya hari ini yang berbaki dan esok yang belum pasti.
Rindu itu anugerah dari Tuhan. Menanggungnya umpama kesakitan yang membakar semangat. Menderita kerinduan jangan membunuh iman, tapi kurniaan yang membawa dekat kepada Tuhan.
Rindu seorang hamba pada Tuhannya akan membawa amal yang berpanjangan. Rindu seorang umat pada rasulnya akan membakar semangat jihad ynag berkobar. Rindu seorang pejuang pada kemenangan yang sangat dekat akan mengesat peluh dan airmata yang tumpah dalam perjuangannya.
Dan rindu seorang aku, fitrah anak rantau yang jauh dari keluarga. Rindu ini tidak pernah padam, terus membara dan menyala. Kesakitan rindu ini yang meniup semangatku agar tabah mengutip ilmu. Sengsara rindu ini yang menjadikan aku berdiri pada siapanya aku. Agar tidak aku lupa diri pada susur galur kejadian dan kehidupan ku. Rindu ini akan membawa aku pulang, kelak bila amanah sudah langsai, bila kerja sudah selesai, kerana penawar rindu ini tiada disini. Biar rindu ini terus mekar agar aku tidak lupa aku siapa…
Langkah-langkah hidup akan menemukan kita dengan persinggahan yang pelbagai. Setiap persinggahan pula akam melakarkan kenangan yang akan ditinggalkan. Hidupkan kenangan-kenangan itu sebagai pengajaran di masa mendatang.
Setiap persinggahan akan berbeza ceritanya, berlainan plotnya. Ada kisah gembira dan akan ada kisah gulana. Namun kalau ketemu insan-insan yang menyeksa kehidupan, belajarlah untuk tidak menyalakan api kebencian.

Bagaimana? Fikirkan begini…setiap yang Allah ciptakan tiada satu pun yang sia-sia melainkan kita yang selalu mensia-siakan kurnian Allah. Segalanya dengan hikmah yang terahsia. Hikmah itu yang perlu dicari dan digali. Ingatlah segala yang ada disekeliling kita adalah sesuatu yang Allah kirimkan sebagai rahmat, tapi sekadar pinjaman sementara yang akan pergi pada bila-bila masa. Ada insan yang Allah kirimkan agar menjadi orang yang membantu segala sesuatu. Ada insan yang Allah hantar untuk memberikan ilmu, mengajarkan makna hidup, paling tidak pun menjadi teman-teman agar hidup ini tidak membosankan. Cuma, versinya berbeza kerana subjek kehidupan bukan seperti kuliah yang ada peperiksaan dihujung semester. Makna hidup perlukan pengalaman, penilaiannya setiap saat dan hasil ujiannya hanya ada di Mahsyar.
Pasti pernah ada ketika hadir manusia-manusia yang sengaja menyakitkan. Datang membawa seribu satu beban dan kemarahan. Berbicara dengan lidah melukakan hingga memberi tekanan dan kadang-kadang menyebabkan air mata berlinangan. Andai datang saat ini, belajarlah bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. Memang dia dikirimkan untuk menguji kesabaranmu. Redhakanlah hati bahawa diri ini bukanlah insan yang sempurna jadi mengapa mengharap semua orang yang ada dalam hidup kita ini adalah baik-baik belaka. Berikanlah kemaafan atas kesilapannya kerana dia juga insan sepertimu yang sedang mencari makna kehidupan. Mungkin dia khilaf kerana dia tidak tahu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sesungguhnya dengan memberi kemaafan engkau meringankan beban mu sendiri. Jika terasa terlalu payah maka titipkanlah namanya dalam bait doa-doamu. Agar kebencian dihatinya pudar bertukar kasih.
Janganlah tatkala berhadapan dengan insan seperti ini, kau lawan dengan api kebencian, tiada siapa yang akan menang. Kelak akan membawa kepada permusuhan yang panjang.Janganlah hati nan sekeping ini dicemari rasa benci. Diri sendiri yang akan rugi. Bukankah nabi pernah berpesan; “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya” (riwayat Bukahri dan Muslim)
Akhir kesimpulan, didiklah hati, jangan hidupkan perasaan benci..
Episod: Kasut raya…
“Dik, cantiklah kasut tu tadi kan…” bicara ku sewaktu pulang dari membeli-belah untuk persiapan raya. Teringat dengan kasut yang aku berkenan di kedai kasut tadi. Tapi harganya agak mahal sehingga membantutkan hasratku untuk membelinya. “ Yelah, orang suruh beli, akak taknak” jawabnya kepadaku. “Mahal sangatla” dia sudah tahu alasanku tidak membeli kasut itu tadi, walau pun memang aku sangat berkenan. “Takpela kak, mencintai tidak semestinya memiliki…” katanya dengan senyuman cukup manis memandangku. Sengajalah tu nak mengenakan aku..hmmm.
“Adik…” aku pula yang tersenyum melihatnya.
“Kita memang hanya diberikan hak untuk mencintai, namun tidak pernah ada hak untuk memiliki. Setiap yang ada atas muka bumi ini milik Allah yang Dia pinjamkan kepada kita.”
“Hmm..” dia menarik muncung kerana kata-katanya ku bidas begitu. “Habis tu kenapa akak tak doa supaya Allah bagi akak kasut tu?” sengaja dia menduga begitu. “ Akak mintaklah sayang…akak mintak pada Allah semoga akak dimurahkan rezeki, dapat duit lebih, boleh beli kasut yang akak berkenan tadi.”
“Masa tu, orang dah beli kasut yang akak berkenan tu.” Dia masih tidak mahu mengalah. “Kalau macam tu, kasut tu memang bukan untuk akak. Akak cariklah kasut yang lebih cantik dari tu. Kedai kasut kan ada banyak lagi.” Aku sekadar manjawab omelannya sementara bas masih belum sampai.
“Akak…”
“Apa dia?”
“Tadi akak kata, kita tiada hak untuk memiliki, habis tu kalau adik suka kat sesuatu dan adik nak sangat pada benda tu, tak boleh ke untuk adik dapatkan benda tu?”
“Mestilah boleh, adik kena usahalah dapatkan apa yang adik nak. Asalkan perkara tersebut baik. Tapi adik kena ingat apa yang adik dapat tu, bukan hak milik mutlak adik. Itu sekadar nikmat yang Allah pinjamkan buat adik sebab Allah sayangkan adik.”
“Yelah, Allah memang sayangkan hambaNya. Tapi, macam mana kalau ‘benda’ yang adik nak tu adalah seseorang, boleh tak?” soalannya ini disertakan dengan sengih panjang macam kerang busuk. “wah, advance nye soalan” aku sudah mula malas melayan pertanyaannya. “boleh tak?” dia mengulangi kembali.
“ Kan akak dah cakap, segala yang ada diatas muka bumi ini milik Allah. Kalau adik nak pinjam, mintalah dari Tuannya. Nescaya adik akan dapat. Tapi, kalau adik tak dapat apa yang adik suka mungkin itu bukan yang terbaik untuk adik dan Alllah dah sediakan apa yang lebih sesuai buat adik. Ingat tak surah al-baqarah ayat 216, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan ia baik untuk mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu idak mengetahui. Faham sayang?” aku berharap tiada soalan lagi darinya.
“Ohh…camtu. Hmmm…akak minta siapa untuk dipinjamkan kepada akak?” dia sengih bermakna.
“Ish..adik ni. Mula lah tu. Soalan tak berkaitan. Tanya benda lain..” Dia tergelak kecil kerana berjaya mengusikku. “ ok..ok..adik tanya benda lain…hmmm, akak nak lagi ke kasut tadi tu kalau akak ada duit?”
“Nak”
Ada seorang gadis
Termenung dijendela
Melayani hatinya
Yang telah terluka
Oleh kata-kata lidah manusia

Deraian air mata membasahi pipinya
Lemah dia mengharap ketenangan jiwanya
Serta kesabaran menghadapi dunia yang fana

Aku datang dan menyapa
Kusapu airmatanya
Ku usap lembut rambutnya
Kudakap erat dia
Aku bertanya dan dia bercerita.

Akhirnya dalam gerbang ramadhan
Dia sapu airmatanya sendiri
Dia hendak bangun, tidak peduli
Dia tidak mahu menangis lagi
untuk meratapi kekurangan diri
Dia tidak akan kisah jiwanya hilang
Yang penting dia tidak mahu lagi jadi insan menjengkelkan
Dia bukan merajuk, kerana dia yakin tiada sesiapa yang akan memujuk
Dia hanya mahu mencari harga diri yang lebih tinggi
Yang tidak diperlekeh sesuka hati
Walau dia bukan puteri, dia juga seorang manusia yang punya hati
Andai dunia tidak mahu tahu dia punya jiwa,
Biar jiwa itu pergi, dia tidak akan cari


Kugenggam tangannya erat
Kutatap wajahnya yang dibasahi airmata
Kupujuk hatinya dengan kata-kata
Agar ada sedikit kekuatan untuknya mendepani derita
Kubisik ditelinganya…
Jangan bazirkan airmata ini buat manusia yang tidak pernah menghargai
Sebaliknya, kuatkan hati agar air matamu bernilai tinggi
Carilah jiwamu kembali, kerana ia milikmu
Jangan kerana manusia tidak mahu mengerti, kau biar jiwamu pergi
Ukirlah sebuah senyuman, tanda segenggam ketabahan
Sungguh dunia akan ketawa pada airmata kelemahan

Dia geleng kepala
Bersama air mata yang masih ada
Katanya dia sudah muak untuk terluka
Sudah tiada ruang lagi dihatinya
Untuk dihiris-hiris oleh lidah manusia
Dia tahu dia bukan insan mulia
Tapi janganlah kekurangannya dihina
Dia tidak minta dipuja
Cukuplah sekadar manis bicara

Aku tarik nafas panjang
Dan kuhembuskan perlahan
Sedih benar hati seorang gadis ini
Mungkin sudah terlalu banyak luka dihati
Sehingga sekeping hati itu sudah kering tidak bernadi
Dan air mata sudah enggan menjadi saksi
Tak kan ku tinggalkan dia sendiri
Kudakap dia lagi lebih erat kali ini
Kuhadiahkan kucupan didahi
Aku mahu dia mengerti
Bahawa dia tidak sendiri
Kali ini aku hanya berkata; menangislah semahumu

Bagai arahan yang dipatuhi
Dia benar-benar menangisi
Menghamburkan segala luka
Melepaskan semua rasa
Bagai kesal dengan hidupnya
Hingga akhirnya esakan itu membawa dia lena

Aku hanya mampu berdoa
Agar tabah sekeping hatinya
Moga teguh iman didada
Mudah-mudahan dia sedar, bahawa Tuhan sedang mengujinya
Moga dia ketemu jalan ketenangan
Memanggil semula seorang gadis suci dari Mekah, untuk pulang.


Sungguh kembara disini cukup indah, kerana ku temui salam cinta dari Allah






















Kembara ke bumi Cameron untuk kajian lapangan subjek botani...
Ini kisah Cinderella dan kasut tumit tingginya. Bukan dongengan zaman purba tapi sebuah kisah metafora. Cinderella si gadis kecil ini, anak manja papa, sangat suka menari. Itulah hiburan buat Cinderella. Pantang masa terluang Cinderella akan menari menghiburkan hatinya. Dan Cinderella akan menari dengan sepasang kasut tumit tinggi kegemarannya. Berwarna merah jambu yang juga warna kegemarannya. Namun, Cinderella suka akan kasut yang ini bukan kerana warnanya semata-mata, tapi, dengan kasut yang inilah Cinderella belajar menari sehingga dia kenal akan nilai seni tarian. Menari dengan kasut ini sangat selesa dan meyakinkan. Cinderella akan menari dengan megah dah gembira bersama kasut merah jambu kesayangannya.

Suatu ketika, kerabat istana akan mengadakan majlis tari menari bagi memberi peluang kepada semua anak gadis yang ada di seluruh pelosok negara datang ke istana. Menari dan mencuri hati si putera agar mudah si putera memilih calon puteri diraja. Gadis cantik molek pasti akan jadi pilihan namun yang lebih penting mestilah pandai menari agar boleh beraksi dihadapan putera raja dan menarik perhatiannya. Saat ini sudah lama dinantikan oleh Cinderella, gadis penari lincah berkasut merah jambu ini berhasrat untuk hadir kerana dua kesukaan, pertama, dia amat suka akan tarian dan yang kedua dia sudah lama terpaut hati pada putera raja berwajah tampan.

Siang dan malam Cinderella menari dan mencari rentak yang penuh rasa cinta untuk diluahkan pada pemuda idaman. Disaat majlis semakin dekat, papa kesayangan Cinderella telah membelikannya sepasang kasut tumit tinggi yang baru. Sangat cantik dan indah. Berkilauan dan bersinar laksana sepatu kaca yang sepadan buat seorang gadis bernama Cinderella. Papa mahu kasut cantik itu Cinderella pakai sewaktu majlis tari-menari di istana raja, agar Cinderella nampak anggun dan bergaya. Papa belikan kasut itu juga kerana papa tidak mahu Cinderella menari dengan kasut merah jambunya yang sudah lama. Mulanya Cinderella enggan. Dia sangat sayang pada sepatu merah jambunya dan sepatu itu amat sesuai dipakai dalam setiap gerak tarinya. Gaya dan lenggoknya akan lebih selesa dan semulajadi. Namun, kata papa yang budiman, Cinderella seorang penari lincah yang boleh menari dengan sepatu mana sekalipun. Cinderella akur kerana Cinderella sayangkan papa, sangat sayangkan papa.

Majlis tari menari yang dinanti-nantikan semakin menjelang tiba. Cinderella masih berlatih seperti biasa. Cinderella punya impian untuk menawan hati sang putera, kalau pun tidak berjaya mencuri hatinya, cukuplah Cinderella bisa membuatnya terkesima dengan lenggok tari seorang penari lincah bersepatu merah jambu. Merah jambu? Bukan. Penari bersepatu kaca. Tersentak Cinderella kerana dia bukan penari lincah dalam sepatu kaca. Sepatu itu terlalu cantik untuk disarungkan ke kakinya tatkala dia sedang menari. Dia tiidak lincah dalam sepatu indah sedemikian rupa. Argh..bagaimana hendak menawan hati sang teruna dalam langkah yang sumbang. Dihujung penantian, Cinderella hilang rentak, memilih dua jalan.

Disaat Cinderella hampir mahu meratapi nasibnya, papa datang dan berkata, “pergilah mencari cinta mu dalam tarian lincah bersama sepatu merah jambu mu itu, papa tidak akan berkecil hati”. Kalimah itu meniup semangat Cinderella untuk berjuang mencari cintanya. Membuka harapan seorang putera raja menanti gadis yang sering hadir dalam mimpinya. Menjadikan sepasang sepatu merah jambu terus bermakna. Hanya kerana keputusan seorang papa Cinderella. Bukan sepatu kaca itu tidak menawan, tapi sepatu merah jambu sudah menjadi jiwanya.

Sepatutnya, gambar-gambar ni masuk sebulan yang lepas, tapi disebabkan oleh kekangan-kekangan yang sangat....

gambar kat sabah..."abah n family"


keluar makan dengan 'abah'


ibu dan zihah


kakak n iman kat ONE BORNEO

lama dah tak jumpa abah, kali terakhir 28 april 2006. ni family angkat yang sangat baik, asalnya, cikgu silat za merangkap cikgu bio za kat matrik...dan akhirnya abah yang sangat baik hati..semoga abah sihat sejahtera selalu dan semoga kita jumpe lagi...:)

Lame sangat dah tak masukkan apa kat dalam bolg ni. sebabnya Imtinan mask wad. Siapa Imtinan? Imtinan laptop kesayangan saya...hari tu Imtinan sakit teruk masuk wad sebab kena serang dengan virus..tulah pasal dah lama sangat tak online..








latihan debat..rutin kecintaan..
disinilah..hidup diperlihatkan, akal dipertimbangkan, dan perasaan diperhalusi






Semester baru sahaja membuka tirainya. Seperti biasa kekalutan akan berlaku. Dengan gelagat pelajar-pelajar baru yang penuh semangat. Tapi, sem ini kesibukan bermula agak awal berbanding semester2 yang lepas. Baru dua hari, dah sibuk dengan latihan debat. Hujung minggu ada program tarbiyah diri. Kelas Dr Danial yang sangat dirindui. Kesibukan2 itulah yang menyebabkan setiap semester terasa pendek. Pendek atau panjang, detik yang telah berlalu tidak akan pernah kembali. Itu yang harus diingati selalu.
Seperti juga saat muda remaja, hanya sekali dan tidak akan berulang ganti. Saat remaja bukan seperti menikmati aiskrim kon yang mesti dimakan sehingga habis sebelum ia cair. Memang kita menikmati kelazatannya, namun setelah ia habis, kita tiada apa lagi yang bersisa. Janganlah masa muda kita sebegitu, nauzubillahiminzalik.
Sebaiknya, jadikan saat remaja ini melukiskan suatu lukisan. Lukislah bebas dengan warna mu yang indah. Tapi harus diingat, melukis juga ada syaratnya. Jangan disimbah sesuka hati dengan warna-warna kelam yang mencacatkan. Tarikan berusmu dengan lembut bersama warna-warna yang menarik supaya ia siap menjadi lukisan yang cantik dan boleh engkau tatap sehingga ke hari tua, bukan sekadar aiskrim yang tinggal bungkusan sahaja.
sayang bonda
dengan smua peserta perempuan

kawat pagi-pagi


huhuhu...pUzZle..




Pecah amanah..dipecahkan musang



Foxweb..musang












Kursus Kepimpinan Caln Exco MPP SMT Matang. Jadi Faci..









MAtang Wild Life Centre




Hasil didikanmu cikgu;


Kelas Tambahan dengan exco MPP Sek Men Tek Matang, Kuching.





Where's the teacher?


Lama sudah tidak menarikan tarian lagu-lagu hati. Sekian lama meninggalkan ruang maya ini tanpa isi untuk tatapan. Akhirnya terpanggil jua demi sebuah hadiah untukmu.


Cikgu Natrah, cikgu kaunseling sekolah dulu. Yang pernah memberi tunjuk ajar. Yang pernah menumpahkan nasihat, menitipkan azimat beserta kasih sayang dan makna kehidupan. Kini dia jauh di negeri asing. Tegar menemani suami menyelongkar gedung ilmu. Biar kembara bersama keluarga, aku mengerti akan rasa rindu pada tanah air tercinta. Gelak tawa dalam bahasa yang sama, teman-teman bicara seperjuangan, misi kerjaya yang panjang,juga hiruk pikuk dalam panas dan hujan, bukan salji dan bunga-bungaan. Segalanya menggamit rindu yang amat mendalam, mencengkam dan mencari jalan keluarnya iaitu pertemuan. Nyata kita tidak bersua, moga maya tetap menghubung kasih kita, kerna cinta bukan pada hasta, tapi pada jiwa dan doa.


Semoga coretan disini menghibur hatimu sehingga kau terasa kau tetap di bumi Malaysia.

5 sains 1, 2004