bukan yang mewah berharta
bukan sheikh agama
tidak juga berwajah idola..
kamu cukup, walau tidak sempurna
melengkapi aku setiap perkara
kamu ada apa yang insan lain tiada
kamu jawapan dari Tuhan ketika aku meminta..
kamu kini sudah terlalu istimewa
membawa senyum bukan untuk aku sahaja
malah untuk insan-insan yang aku cinta..
terima kasih kerana tidak berputus asa
terima kasih pengorbananmu yang sangat bermakna
terima kasih sayangmu yang tidak terhingga
terima kasih cintamu sangat berharga
akan aku balas dengan setia..
tidak terbendung rasa
dihatiku ada cinta
kamu yang pertama, satu selamanya
2. School break!!! Nothing to do with me, at least for now.
3. Musim kenduri! Ngee. "Free Lunch"
4. People always say i have big eyes...but i dont think so, until i hv this sleeping problem..maybe my eyes are too big to be closed..hoho..
5. i dont have fbook account!
6. i feel like i want to eat cream puff; its remind me to aishah.
7. i write this post coz i cant sleep. its already 1.12 am and im not even feel sleepy.
Tahniah buat bakal-bakal cikgu yang akan melapor diri 22 November ini. Kalian terpilih untuk memikul amanah mendidik anak bangsa terlebih dahulu sebelum saya. Doakan saya juga menyusul jejak langkah kalian beberapa bulan lagi.
Seorang doktor boleh menyelamatkan seorang pesakit, tapi seorang cikgu boleh menyelamtkan sebuah bangsa.
Tahniah dan Selamat berjuang!
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
p/s: .......................................................................................
Ultraman demam. Tapi, jaga dieorang demam lagi senang daripada jaga dieorang sihat. Wafi sangat suka makan ubat. Sangat2 suka. Dia tak demam pun dia boleh offer nak makan ubat adik dia. Hani sangat susah makan ubat. Sangat2 susah. Yang bestnya, bile dieorang demam, dieorang tak merengek-rengek, baring je golek-golek. Haha.
Berharap segalanya berjalan lancar. Dah tak larat nak meneruskan kerjaya sebagai petani luar biasa, menanam anggur di kawasan tropika. Memang takkan membuahkan hasil.Huhu.
Esok, 4hb November, saya akan menghadiri temuduga Guru Sandaran Terlatih Siswazah yang tertangguh hari tu.
Kawan-kawan yang lain dah dapat surat penempatan, saya baru nak pergi interview. Itu tak penting, yang penting, saya mahu lulus interview ini.
Doakan saya.
Pagi ini tidak bermula dengan baik. Jadi, untuk merehatkan otak, saya peluk Yayi dan tidur, berharap bangun dari tidur saya berasa sedikit lega. Tiba-tiba saya terjaga akibat bunyi bising di sink dapur. Siapa pulak yang sedang cuci pinggan. Takkanla abang atau abang ipar, yang lain semua tiada di rumah.
Dalam longlai saya gigihkan hati bangun untuk melihat. Wah, rupa-rupanya dua makhluk kecil ni sedang berdiri diatas kerusi dan bermain-main di sink. Hilang lemah saya dibuatnya, "Apa abang buat ni?" Saya tanya Wafi. Dengan penuh bersemangat, sink dan dapur yang dah basah, paste pencuci yang dah habis dibuang, Wafi menjawab "Maknek kan xda kat rumah, pegi kebun, mama pegi keja, takda sapa nk basuh pinggan, tulah abg basuhkan..." Cis, jawapan yang mencabar kewibawaan aku sebagai anak dara kat rumah ni! Sedangkan pagi-pagi semua pinggan mangkuk dah siap dibasuh, takde satu pun yang tinggal. Yang dia basuh just botol momom die jerrr. Tu pun nak kecoh la Wafi ni.
Nasib baik Wafi buat hal, kalau tak sampai mak balik saya masih terbaring mengadap hp. Terima kasih Tuhan. Apa-apa pun jadi, saya masih ada Wafi dan Hani. Saaaaayang dieorang.
Separuh hari berjaya dilalui, tinggal separuh lagi. Takpe, saya hendak menunggu malam datang, memohon sejuta kemaafan, manalah tahu masih ada bersisa kasih dan sayang. Saya hendak kutip buat bekalan.
Saya manusia tidak sempurna, sering melakukan silap dan dosa. Tapi saya ada hati yang sentiasa ingin setia, ingin berjasa, ingin membuktikan cinta.
Peace no war.
Ada kerisauan tentang masa depan. Adakah akan cerah atau mendung yang berpanjangan. Adakah merasa bahagia atau tawa dalam tangisan. Adakah akan mulia atau hina selamanya. Adakah akan tenang atau sengsara meniti usia. Kita hanya mampu merancang, namun ketetapannya bukan milik kita.
Tiada masa untuk berangan-angan, jauh sekali untuk melukis fantasi impian. Masa untuk itu semua sudah tamat. Berhenti dari mempercayai harapan apatah lagi janji yang tak akan tertunaikan.
Bukan masa untuk kecewa, bukan masa untuk meratap hiba. Simpan air mata untuk Tuhan. Masa untuk bangkit berjuang merempuh segala halangan demi melangsaikan segala sumpah, hutang dan amanah. Kita tidak tahu bila ajal akan tiba. Semoga segala harapan yang pernah aku berikan, janji yang pernah aku lafazkan, serta pengorbanan yang telah kalian tumpahkan sempat aku sempurnakan sebelum ajal kita sampai. Kita pernah makan berkuah air mata, tidur bertilamkan derita, mandi bersiram hina sekian lama. Kita kuat untuk bertahan hingga saat ini, jadi tiada masalah untuk kita bertahan sedikit masa lagi, sementara menanti Izrail datang menjemput kita.
Dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Tidak perlu kita gusar untuk meninggalkannya. Tidak perlu kita sedih dihina olehnya. Masa untuk kita kembali kuat atau menjadi lebih kuat. Dan kita hanya akan kuat bila Tuhan bersama kita. Justeru, kembalilah kepada Tuhan, memohon keampunan, mencari ketaqwaan mengharap keredhaan. Berdoalah agar segera kita laksanakan tugas-tugas kita yang belum selesai kemudian melengkapkan persiapan mengucapkan selamat tinggal. Semoga kita pulang cepat dan selamat menemui Tuhan dan RasulNya, kerana dunia ini tiada apa-apa untuk kita. Sungguh tiada apa-apa untuk kita.
Bukan berputus asa dengan nikmat Tuhan, bukan sudah putus harapan. Jauh sekali kecewa atau rasa diperkotak-katikkan.Tetapi mencari kekuatan meneruskan kehidupan. Kekuatan ada pada hati. Hati yang bersih dari noda. Hati yang mekar dengan cinta pada yang Esa. Sekeping hati seperti itu, perlu dicari dan dimiliki.
kita
Kitak sik pernah lupak birthday kamek walau pun kamek selalu lupak birthday kitak (sowi). Mun dolok, macam setiap saat kamek tauk apa yang kitak polah n kitak tauk apa yang kamek polah. Even kitak jual cucur kat kampong time cuti pun kamek tauk. Kitak suka football, gila ngan Raul, sejak ya kamek pun jadi penyokong Sepanyol. Best, spain menang Liga English (kot..kmk x ingat) n world cup baru2 tok. Kita minat conan, haha..biarla orang nak kata kamek macam nembiak..kamek sik lalek, kamek still minat conan..ingat sik kitak nak kirim cd cerita conan ngan kamek sebab kamek menang last sem?..belom sampei pun..kamek rasa kitak masih gila main game..nk?
Doakan kamek. Doa yang tulus dari sorang kawan istimewa macam kitak.
Paling istimewa, kitak tunggah kamek ‘kawan’ n kamek pun tunggah kitak ‘kawan’. Sebenarnya, semua kawan2 kamek nunggah kamek ‘za’. Mungkin pada kitak, kamek tok sama jak macam kawan-kawan kitak yang lain, sebab kitak nang bait ngan kawan-kawan kitak. Tapi bagi kamek kitak cukup istimewa,kitaklah peneman setiap saat kamek genting, kitak sik pernah ngecik ati kamek walaupun kamek tok orag paling sensitive kat dalam dunia(huhu). Kitak cukup istimewa, beruntunglah teman idup kitak kelak, semoga Allah menganugerahkan kitak syurga.
Ramadhan kali ini berbeza. Hampir sepuluh tahun aku tidak menyambut awal ramadhan di rumah. Tahun ini dari 1 ramadhan hinggalah ke 1 syawal dilalui bersama keluarga tercinta. Tak perlu nak fikir petang-petang nak berbuka dekat mana, dengan siapa, lauk apa…sahur lagilah..berbeza sangat dengan sahur kat kampus dulu..sekarang tiap-tiap pagi mak kejut sahur dengan makanan yang dah terhidang, dulu, aku hanya sahur kalau aku rajin nak keluar beli makanan atau ada orang yang hantar makanan untuk bersahur lepas die balik kerja kat jusco..hehe..
Tapi ada satu yang menggamit rindu tentang Ramadan2 yang lalu. Tentang cahaya dan maknanya. Tentang pengisian dan rahmatnya. Tentang berkat, ibadat dan keampunan yang sangat luas didalamnya. Aku sangat rindu pada rasa kerdil ketika sujud dibawah atap langit setahun yang lalu. Juga pada himpunan jemaah di masjid Khalid almalik. Lalu penghujung ramdhan ini aku sangat berharap dipertemukan dengan ramadhan akan datang, bersama sekeping hati yang sangat rindu akan nikmatnya hidup bertuhan. Semoga nikmat ramadhan tidak lagi disia-siakan.
Lima
Tahun ni juga raya dengan status berbeza, bukan lagi penerima duit raya..hehe. Sungguh aidilfitri akan terasa kering andainya Ramadhan tidak diisi dengan musim ibadah yang ranum. aidilfitri hari buat mereka yang beroleh kemenangan. Menyambutnya kerana adat dan kebiasaan tidak akan pernah sama dengan kerana ibadah dan ketaqwaan.Huhu
Enam
Udang masak sambal.
Kita diciptakan dengan sebaik-baik darjat. Makhluk Allah paling sempurna dengan amanah sebagai hamba, juga sebagai khalifah. Namun, bila kita lalai melaksanakan tugas sebagai hamba, kita akan kecundang melunaskan amanah sebagai khalifah.
Jika mahukan rakyat yang taat menjunjung titah, jadilah raja yang adil saksama memerintah. Jika zalim memikul amanah, jangan dipancung rakyat yang marah.
Jika mahukan penuntut berbudi mengenang jasa, jadilah guru berakhlak mulia. Jika guru mengira gaji dan harta semata, jangan kesal penuntut mu kelak perosak bangsa.
Jika mahukan isteri permaisuri syurga, tunaikanlah haknya jiwa dan raga. Jika isteri sekadar bibik percuma, engkau juga yang akan ditariknya ke neraka.
Jika mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang boleh dijadikan harta, yang sentiasa mengirimkan doa, pemanjang amal sesudah mati. Sempurnakanlah hak mereka telebih dahulu. Berikan nama yang mulia, didiklah dirinya menjadi manusia berjiwa hamba pada Tuhannya, berhati khalifah kepada dunia. Doakanlah agar mereka tidak menjadi anak derhaka. Jika amanah sebagai ibu bapa tidak lunas sempurna, jangan disumpah dicerca jika anak-anak mengguriskan luka.
Tapi sayang, kita tidak selalunya di atas landasan yang tepat..Mujur yang Maha Penyayang sentiasa membukakan pintu taubat..jangan sesekali mebiarkan luka bernanah dendam, ia wajib dirawat..astaghfirulahhaazim...
Satu
Buat masa sekarang, aku belum ada kerja tetap. Kontrak guru ganti dah hampir sebulan tamat. Jadilah aku suri rumah tangga separuh masa..hehe.. separuh masa lagi jadi cikgu tusyen kat Pusat Tusyen Estetika. Sepatutnya aku mengajar sejarah form 2 dan Engish for primary school je, tapi selalu jugak aku kena ganti cikgu lain. Kadang –kadang ajar sains f3, sejarah f1, dan yang paling berat bagi aku kena ajar english f5. English aku bukannya bagus sangat pun, kena pulak ajar literature component, adus..
Dua
Alhamdulillah, majlis konvokesyen dah selesai. Macam-macam halangan nak pergi konvo ni. Tapi, syukur sebab semuanya berjalan lancer. Dapat jugak bawak mak dan ayah pergi penang, first time dieorang naik belon..hehe. .so, sepanjang minggu konvo tu, most of the time dengan parent je, entertain dieorang, so, kawan-kawan yang aku tak jumpa or tak datang masa konvo, jangan kecik ati yer..
Tiga
Alkisah nak dijadikan cerita, seminggu sebelum pergi konvo tu, aku dah siapkan semua, tempah flight, hotel, sewa kereta. Tiba-tiba pulak keputusan interview untuk penempatan guru keluar dan tarikhnya serentak dengan tarikh konvokesyen aku. Takkan nak cancel pergi konvo, sian mak ayah. So, aku try la call KPM. Lembut je suara orang yang angkat panggilan tu. Lebih kurang beginilah perbualan kami;
Aku : hello..
KPM: hello,KPM, boleh saya bantu.
Aku: Saya nak tanya pasal interview GSTS . boleh tak saya tukar tarikh sebab interview saya serentak dengan tarikh konvo.
KPM: Cik yang telefon ni nama siapa? No IC?
Aku pun bagilah nama dan no ic, dia suruh aku tunggu sekejap. Entah apa la yang dia buat, keputusan sama je.
KPM : Cik, tarikh interview ni tak boleh tukar la cik. Cik boleh pilih nak pergi interview atau nak pergi konvokesyen cik.
Huhu..dia suruh aku pilih macam konvo n interview tu karipap dengan pisang goreng yang boeh dapat hari-hari. Konvo tu sekali je seumur hidup…
Aku: Tapi encik, kan masa isi borang tu ada mintak tarikh konvo..
Ish..ish..motif masa isi borang tu dieorang mintak tarikh konvo, tapi clash jugak nape?..sah dieorang tak baca isi borang tu.
KPM: Ye..camnila cik, cik mohon semula bulan 9 nanti.
Aku: Kalau tukar tempat ke pulau pinang boleh tak encik?
KPM: Takpe, cik mohon semula bulan 9 nanti yer..
Huhu…dahla tak menjawab soalan, jawapan die bagi pun…menguji kesabaran.
KPM: Lagipun, cik baru nak pergi konvo kan, maknanya cik takda transkrip lagi, kalau takda transkrip tak dapat interview tu..
Wah..jawapaan die ni buat aku rasa nak bidas. Aku tau ni jawapan ‘gula-gula’ tapi aku nak bidas jugak..
Aku: Ohh..kalau macam tu, semua orang yang pergi interview tu takkan lepas lah ye encik. Setahu saya baru USM dan UKM jer yang konvo time tu, U lain belum lagi..mane de transkrip.
Hehe..sori terbidas…
Die still suruh aku apply semula bulan 9 nanti. Alamatnya lambatla aku posting daripada kawan-kawan yang lain. Belum rezeki. Sedih jugak sebenarnye..huhu. Aku tahu seniors aku dulu sume interview sebelum konvo tanpa transkrip, lepas jer..so, kawan-kawan yang posting dulu tu, kena belanja aku ek..dan jangan tanya kenapa aku lambat posting.
Anyway, that’s life…redha..pasti ada hikmah disebaliknya..insyaAllah.
2. Masa praktikal saya ajar sains, tapi pelajar panggil saya teacher..Jadi cikgu ganti , saya ajar English, tapi pelajar panggil saya ustazah.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
3. Masa praktikal, setiap kali nak mula belajar, ramai-ramai baca doa. Jadi cikgu ganti, setiap kali nak mula kelas kena jerit sekuat hati “go back to your seat” dan panggil mereka masuk kelas.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
4. Masa praktikal, tak pernah saya perlukan rotan.. jadi cikgu ganti, rotan dah pecah kena pukul atas meja msih pelajar tak ada kesan. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
5. Masa praktikal kelas yang saya ajarlah konon yang paling ramai, 38 orang. Jadi cikgu ganti, pelajar kelas saya paling sikit pun 41 orang. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
6. Masa praktikal, kalau saya speak in English, pelajar tak faham, saya boleh tukarke bahasa Melayu. Jadi cikgu ganti, saya ajar English budak tak faham, cakap bahasa melayu pun budak tak faham, bahasa mandarin, saya yang tak faham. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
7. Masa praktikal, semua pelajar saya satu bahasa satu bangsa, senang cerita. Jadi cikgu ganti, pelajar saya satu Malaysia. Muka macam Iban tapi nama cina. Muka macam cina tapi cakap iban, tengok bangsa rupanya bidayuh. Kalau yang melayu tu tak pakai tudung atau songkok..sungguh saya tak boleh kenal.. Nanti kalau sudah posting, entah macam mana…
Ada banyak lagi bezanya. Saya bukan mengeluh, Cuma terkena kejutan budaya. Cerita masih panjang, tapi sudah satu petang, saya mahu pulang.
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya
Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Dirumah ni pulak, sangat la susah nak menghadap laptop. Ada dua makhluk kecil yang sentiasa akan mengganggu segala urusan dirumah ini. Dua makhluk kecil yang comel ni, sangat tekun dan sabar dalam kerja-kerja mengganggu urusan masyarakat rumah en setu.
Sekarang, jadi cikgu ganti kat sekolah rendah SK Jln Muara Tuang. Huhu, sangat menyakitkan jiwa. Nanti criter ye..
Malam-malam ajar tusyen. 3 times a week. Pun menyakitkan kepala.
Siang-siang pulak, kena dera dengan dua makhluk kecil yang sentiasa ada agenda menterbalikkan rumah ni..
Tulah sebabnye, mane-mane mesej dari anak murid tcer tak sempat nak balas. Sori yer..
Empat tahun sudah berlalu, seperti tidak percaya. Bagi anak rantau seperti aku, empat tahun itu sangat memberi makna. Terlalu banyak ceritera yang mengukir arca jiwa yang akhirnya menjadi suatu bentuk menampakkan seorang Zakia.
Terlalu banyak.
Dan hari ini, untuk terakhir kali aku menatap wajah USM yang kini serba baru. Seperti tahu kami akan pergi membawa kenangan, begitu lanskap dan bangunan USM bertukar wajah satu-persatu. Aku sangat suka lalu di foyer DTSP kerana disepanjang foyer tersebut ada banyak gambar-gambar lama USM ditampal disitu, pelbagai acara dan upacara sejak USM mula dibuka. aku selalu leka berdiri disitu, menatap foto-foto tersebut sambil cuba membayangkan suasana dulu-dulu. Tadi aku lalu disitu lagi, dindingnya sudah bertkar rupa. Tiada lagi foto-foto kegemaranku. Mungkin yang menggemarinya sudah hendak pulang, maka dinding itu berubah mencari peminat baru, mungkin.
Aku berjalan melaui Kafe Siswa, tempat aku, aishah, dan mira selalu bersarapan dulu. Lalu disepanjang foyer dewan kuliah, serba lengang mengucapkan selamat jalan.
Terima Kasih USM. Selamat Tinggal.
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah(ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Tuhan, benar janjiMu. NikmatMu sangat indah tidak terkata, dan azabMu, terlalu pedih tidak tertanggung rasa.
ii. Makseh kawanz.Hehe. Walaupun nun dikejauhan, tidak pernah menghampakan ketika aku sangat memerlukan. Biar tidak pernah tahu hujung pangkal cerita. Selalu melimpah dengan cerita, nasihat dan kata-kata yang menghiburkan. Kamu teman di dunia, moga hingga ke syurga.
iii. Bro..!! Cayalah. Kata-kata kamu telah mengembalikan semangat yang hampir hilang. Nasihat kamu mengembalikan nafas yang kesesakan. Bicara kamu sungguh rasional. Kamu menasihatkan aku tanpa menyalahkan sesiapa. Kamu hanya mahu aku bangkit merawat kelukaan bukan menunding jari mencari kesalahan. Mungkin kerana kamu punya pengalaman, jadi kamu sangat mengerti dan memahami. Terima kasih atas peringatan kamu agar aku makan selalu. =) Jasa kamu akan aku kenang sampai bila-bila. Semoga rahmat Tuhan bersama kamu didunia dan diakhirat.
iv. will never forget my beloved housemates.. Muka gelabah giler melihat aku terlantar seharian. Kata-kata semangat memujuk dan memberi nasihat. Thanks Zam for da video, really makes me feel very much better. And, Rofe..very caring, macam pejuang hak wanita plak. Thanks paksa aku pegi makan, thanks paksa aku bangun. Thanks a lot. Kalau hangpa xdak,mungkin aku dah kat atas katil putih sekarang...so, jangan jadi macam aku yer..hehe
v. Terima kasih jugak untuk yang membaca blog ni dan menitipkan doa untuk aku. Doa kalianlah yang telah membantu
Takdir ini Allah kirimkan buat aku agar aku kembali 'mengutip buah kurma'. Allah kirimkan juga buat kalian agar mengambil pengajaran dan iktibar.
Frens, ill try my best to recover from this pain as soon as possible cause i always have you all by my side. haha..i hv frens!
Sayang kamu semua...=)
Mengapa dihujung-hujung pertemuan ini hati saya benar-benar terluka. Hati saya begitu terasa terhina. Seperti saya mahu lari ke padang pasir, terbang ke langit tinggi, mungkin bila sendiri saya bisa ketemu ketenangan yang hilang.
Ya Allah, hentikanlah linangan air mata ini. Balutkanlah luka hambaMu ini. Kembalikan lena yang panjang, makan yang kenyang. Kalau airmata ini enggan berhenti, luka ini tidak mahu diubati, lena enggan tiba dan santap seperti tiada, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus luka, luka dan terluka sepanjang perjalanan hidupnya. Kasihanilah hambaMu ini wahai yang Maha Pengasih.
Jadi, buat apa membaca kisah hati orang yang terluka. Entah apa-apa. Rehatlah kalian dari membaca “tarian jemari dari hati II” buat seketika, sehingga saya kembali kebah dari parah. Sehingga saya kembali menulis dengan akal, bukan menulis dengan air mata. Bila sembuhnya? Saya juga tidak pasti, minggu selepas ini, mungkin esok, atau minggu depan. Boleh jadi juga lukanya melarat ke bulan depan atau tahun depan. Atau siapa tahu, sudah takdir seumur hidup saya akan terluka.
Saya redha hidup dalam kelukaan. Mungkin ini hukuman atas dosa-dosa saya sepanjang umur ini. Dosa yang tidak terhingga banyaknya. Cuma saya berharap, luka-luka ini tidak menghalang saya menjalankan tanggungjawab pada ayah bonda, keluarga dan anak bangsa.
Kalian berehatlah dulu ya, carilah bahan bacaan yang lebih berguna.
Bolehkah ku tanya kepada bintang,
mengapa sepi tidak bicara.
Bolehkah ku tanya kepada abang,
Hatiku ini milik siapa?
Pulau Kuntum jauh direnang,
Pulau Batu tempat bersua,
Kalau senyum tandanya senang,
Kalau rindu tandanya apa?
Buah pauh dari terberau,
Manis rasanya luar biasa,
Sudah jauh hamba merantau,
Mengapa belum ketemu cinta?
Haha..dibuka untuk dijual, beli..beli..beli..hehe
Sabtu, 20 Mac 2010
Aku ingin pastikan ini adalah kali terakhir aku berkelakuan sebodoh hari ini. Konon mengaku kuat, tapi airmata jatuh macam hujan lebat. Aku sangat lemah untuk melangkah, airmataku menjadi sangat murah. Jatuh mencurah-curah bagai meratapi kematian, walau esakku tidak kedengaran.
Bukan tidak pernah aku kembara sendiri. Terbang dari kuching ke penang sejak awal pengajian hingga sekarang, aku tidak pernah berteman. Ulang-alik ke sekolah dari kampus juga selalu sendiri. Tapi kali ini, hanya dari tekun ke jeti, aku rasa sangat sepi dan sendiri, lalu perjalanan pendek ini ditemani hujan hati yang enggan berhenti.
Ralat dihati sangat tidak tertahan. Apa sahaja yang aku pandang, kalau ia membawa hati mengingati kenangan, air mata akan semakin lebat berlinangan. Terpandang papan tanda ke Kebun Bunga, terpandang balai polis, terpandang feri, terpandang hp malah apa sahaja yang mengingatkan, hati rasa sangat pedih kelukaan.
Begitulah sepanjang perjalanan, tidak pernah merasa seperit ini menahan kepedihan. Luka nya dalam berbekas, entah bila akan kebah..
Bangkit untuk berhenti meminta, berdiri untuk hidup berdikari, sungguh bahagia tidak semudah kata-kata…
Cuti ni, tiada apa-apa. Tidak jumpa siapa-siapa melainkan orang yang terjumpa. Aktiviti tidak penuh melainkan rutin yang sama diulang setiap hari.
Tapi kesunyian dan kekosongan itu mengajar aku banyak perkara tentang hidup. Memberi aku banyak ruang untuk memikirkan siapa aku, dimana aku dan ke mana aku akan menuruti langkah hidup.
Hidup ini jangan banyak meminta-minta kecuali dari Yang Maha Esa. Meminta-minta itulah yang banyak meninggalkan kelukaan bila permintaan tidak ditunaikan. Sebaliknya berusahalah sendiri untuk apa sahaja yang diingini, percayalah bahawa Tuhan akan mengasihani dan akan memberi, asalkan bersungguh-sungguh berusaha.
Dirikanlah kehidupan ini dengan keinginan memberi. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Hidup ini singkat, kita tidak punya banyak masa untuk memberi dan menunaikan permintaan orang lain, terutamanya orang-orang yang kita sayangi. Memberi tidak semestinya dengan material. Memberi sangat indah jika pemberian itu beserta kasih sayang, disalut keikhlasan dan diberikan ketika ia sangat diperlukan. Walau pun pemberian itu hanya sebuah kucupan ditangan atau sepasang telinga yang sudi mendengar.
Cukuplah, nak bersiap balik sekolah. Zakia, sudah-sudahlah meminta-minta, memberilah apa yang ada.
Tapi saya perlu menyeberangi lautan
Saya kuat kan untuk hanyut sendirian?
Saya tak tahu terbang
Tapi saya perlu meredah langit tinggi
Saya kuat kan untuk melayang sendiri?
Saya tak mampu berjalan jauh
Tapi saya perlu kembara dalam gelap belantara
Saya kuat kan untuk berdepan bencana?
Saya perlu yakin saya kuat,
Saya perlu percaya saya boleh melakukannya
Hidup sendiri demi orag-orang tercinta.
Fght Oh..
Dulu saya tidak pernah tahu, saya ni lembap. Lembap berfikir kiri dan kanan. Sehinggalah saya masuk menyertai silat. Bila ada pertandingan wiraloka (wat partern silat dalam kumpulan empat orang) baru saya tahu, saya susah nak tentukan kiri dan kanan. saya akan mengambil masa beberapa saat sebelum mengambil tindakan. Jadi dalam pertandingan saya hanya menghafal perlu bergerak ke arah mana tanpa memikirkan saya sedang bergerak ke kiri atau ke kanan. Saya tahu tangan kiri dan kanan kerana saya sudah hafal. Tapi jangan harap saya penunjuk jalan yang baik. Dulu saya tidak terasa perkara ini menyusahkan, tapi sekarang sedikit sebanyak saya rasa kelembapan saya ini agak merimaskan. Bukan setakat diri saya sendiri, tapi orang-orang di sekeliling saya.
Saya juga lembap bila buat dua kerja berbeza dalam satu masa, dulu saya tidak kisah. Kalau lembap dan tak reti, buatlah satu-satu. Kan senang.. tapi kelembapan saya itu tidak semudah itu untuk menyelesaikannya. Saya sangat terasa kelembapan itu menyusahkan saya bila saya mula belajar memandu. Memandu melibatkan saya perlu mengatasi kedua-dua kelembapan saya. Sampai sekarang saya masih tidak reti memandu (dulu pusing penang pas dapat L tu kereta auto). Kaki kiri buat kerja lain, kaki kanan buat kerja lain, tangan buat kerja lain, mata buat kerja lain. Saya rasa saya sangat bodoh bila dah diulang-ulang kali diberitahu tapi masih tak reti buat. Saya faham, tapi saya sangat susah hendak melakukan. Dan akhirnya pengajar saya hilang sabar, marah dan berleter...dan saya, apa lagi yang perempuan lembap seperti saya akan lakukan bila dimarahi, nangisla..
Saya tidak pernah kesal dilahirkan dengan pelbagai kelemahan kerana saya tahu semua orang punya kelemahan dan kelebihan sendiri. Saiz badan saya yang kecil juga menghadkan saya melakukan banyak perkara. Belum ditambah lagi dengan kegagalan saya mengimbangi badan sehingga saya sangat selalu terjatuh. Budak-budak debat dah biasa sangat tengok kakza jatuh.
Saya ada banyak sangat kelemahan yang memerlukan saya dijaga selalu. Ia merimaskan, tapi apa boleh saya buat. Saya sedaya upaya mencuba untuk mengurangkannya. Kerana itulah saya perlukan orang yang betul-betul sabar untuk menjaga dan melayan kerenah saya. Siapalah yang boleh bersabar dengan saya..
Kalau tiada, saya cukup kuat kan untuk menjaga diri sendiri? haha...Fight Oh!
Muka bosan ni..
Tapi, best jugak dok sorang-sorang. seketika membiarkan hati lapang dibawah sinaran mentari petang. :) Semoga segala yang terasa kusut Allah leraikan, segala yang terasa serabut Allah luruskan. Segala yang terasa tertutup, Allah bukakan. Semoga apa yang terasa jauh, Allah dekatkan. Tiada daya melainkan dengan keizinan Allah.
Saya sedih bukan kerana saya akan disoal siasat oleh ‘FBI’. Saya sedih kerana anak murid saya masih tidak tahu berdikari. Masih bergantung semata-mata kepada guru. Masih manja mahu disuap sahaja. Masih hanya tahu menunding jari kepada orang lain apabila tidak dapat melakukan sesuatu. Saya sedih dan terkilan anak murid saya masih seperti robot yang diprogramkan.datang kesekolah hanya untuk diformat dengan isi kandungan pelajaran. Tidak tahu berfikir sendiri bagaimana hendak memperbaiki kelemahan sendiri. Kalau tidak faham,tidak boleh hafal, semua salah cikgu yangtidak bagi latihan. Sangat terkilan,bila agaknya anak murid saya hendak faham bahawa kehidupannya adalah tanggunggjawabnya.
Saya sayang anak murid saya. Itu perasaaan semulajadi seorang guru. Tapi sayangnya, anak murid saya ini tidak pernah mengerti. Saya tidak mahu mereka hanya tahu menjawab soalan tapi lemah menghadapi kehidupan. Saya tidak mahu mereka ini pandai, tapi pentingkan diri sendiri, tidak hormat orang lain, berlagak dan bongkak. Hendak mengucapkan terima kasih pun terpaksa diminta. Mintak halalkan ilmu, saya belum pernah dengar, menawarkan diri untuk mengangkat buku-buku ke bilik guru, belum pernah terjadi. Apa yang ada dalam fikiran mereka hanya satu, BOLEH JAWAB SOALAN PERIKSA.
Jatuh airmata saya memikirkan bahawa saya tidak berjaya langung menyedarkan mereka tentang apa sebenarnya pembelajaran yang perlu mereka kutip. Sepatutnya disini mereka belajar bagaimana mendepani kehidupan memikul amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Tuhan. Kerana disana, soalan yang ditanya bukan berapa banyak A dalam hidup kamu,tapi bagaimana kesungguhan kamu mengutip A, A tersebut. Allah bukan membalas dengan hasil tapi usaha yang telah kita kerjakan.
Mungkin itu yang perlu saya beritahu pada diri sendiri, Tuhan tidakmembalas sama ada mereka berubh atau pun tidak, Tuhan membalas bagaimana kesungguhan saya mengubah mereka agar kembali menjadi insan makhlukTuhan.
Jadi, apa yang perlu sayalakukan selepasini, sediakan set soalan yang banyak untuk cuti mereka sampai saya muntah hijau menyemaknya selepas cuti nanti.
"Teacher, kami nak gambar jugak...!!"
"teacher, asal mana?"
"Teacher balik tak cuti ni"
"Comelnye laptop teacher"
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
"Teacher..bla..bla..."
Hahaha..tak terlayan teacher bila studentsnye show the truth colour of them..
Bangun tidur pagi tadi, saya rasa resah. Tidak tahu kenapa. Saya baca doa bangun tidur berulang-ulang kali. Resah itu tidak hilang. Selesai mandi, bersiap untuk ke sekolah, debar dihati masih ada. Mustahil debaran ini kerana saya akan dinilai hari ini, bukan tidak biasa dinilai sewaktu bercakap. Resah ini tiada kaitan dengan itu rasanya.
Saya ceritakan pada kawan-kawan. Macam hujan kawan saya berikan nasihat berguna. Saya hargai, terima kasih untuk mereka. Tapi, resah, sedih dan debar masih tidak hilang.
Saya capai telefon dan berhasrat memberitahu orang yang selalu ambil tahu, tapi saya bimbang mengganggu.
Saya telefon ibu untuk bersembang-sembang. Abang yang jawab, ibu tiada dirumah.
Resah dihati ini, kenapa?
Adakah kerana sakit yang melanda jiwa? Atau kerana siri-siri kemarahan yang saya terima? Atau tekanan perasaan akibat kata-kata yang menghiris atma? Saya bukan tidak boleh dimarahi, tetapi badan kecil saya terlalu lemah menampung kemarahan dari orang yang saya sayang. Atau resah ini kerana saya asyik berfikir tentang tidak sempat melambaikan tangan pada yang ingin pulang? Mungkin.
Semalam, ketika dimarahi lagi, saya diam dan genggam tangan erat-erat, walaupun sakitnya terasa hingga kehujung jari, saya gagahkan jua untuk mendengar. Saya urut dada perlahan-lahan dan saya bisikkan berulang-ulang kali, “zakia kuat, zakia kuat, zakia kuat…”
Saya tidak kesal hidup begini, kalau hingga ke akhir hayat saya hidup berendam air mata, saya tidak kesal. Saya redha pada takdir ini. Saya pilih jalan ini dan saya akn terus menyayangi pilihan ini hingga saya mati. Mungkin ini kifarat dosa-dosa yang saya lakukan. Saya masih mampu berjuang meneruskan kehidupan. Saya kuat kan..ye saya kuat!
Saya rasa sedikit lega la…selepas menarikan suara hati saya disini.
Alhamdulillah.
aku diam, senyum dan menaip di blog...hahaha..
hidupkanlah kehidupan
manusiakanlah manusia
janganlah jadi robot yang beriman
umpama si jahil yang beramal.
Pesan buat Aishah..
ini baru permulaan perjuangan
sabarlah menghadapi dugaan
teruskan berjuang!
Pesan buat aten..
kalau ada surat dari IKIM atau IIM
diam-diam kan sahaja, tolong jangan dikhabarkan
takut ada yang kempunan, menangis tujuh hari tujuh malam.
Pesan buat cikgu izhar..
jangan emo ketika mengajar
jangan dibidas anak-anak murid yang kurang ajar
didik apa yang patut, tunjuk apa yang perlu
Pesan buat papa isyqan..
lama sudah tidak mendengar khabar
semoga ketemu cahaya bahagia
adikmu selalu berdoa
Pesan buat abang..
jangan pandang belakang
Pesan buat semua..
jangan lupa titipkan doa
buat aku yang jauh dari ceruk kota
yang sedang bergelut memanusiakan manusia
dan menghidupkan kehidupan
demi jiwa yang kontang amalan..
OJa
Apa jua yang kita buat, permulaannya memang selalu sukar dan memenatkan. Perlukan masa menyesuaikan diri. Soalnya pada hati, kalau hati mahu, semua jadi. Kalau hati sanggup semua boleh. Yang penting cikgu zakiyya kena sabar mengharungi.
Pujuk Hati Cikgu Zakiyya
Apa jua yang kita buat, manusia kan selalu menilai kita. Perlukan masa untuk menerima. Soalnya pada hati, kalau hati ikhlas, kata manusia tidak akan berbekas. Kalau hati jujur, hanya pada Allah kita akur. Yang penting cikgu zakiyya kena sabar mendepani.
Pujuk Hati Cikgu Zakiyya
Apa jua yang kita buat, jarak selalu memisahkan kita. Perlukan masa untuk merasa. Soalnya ada hati, kalau hati setia, tidak perlu gusar. Kalau hati berani, biar seberang laut dipisah bumi. Yang penting cikgu zakiyaa kena sabar menanti...
Sabar ye cikgu zakiyya...
Agaknya, begitu juga manusia. Bila mula berhijrah ke tempat baru, sekolah baru, rumah baru, apa-apa yang baru, memang beria-ia sungguh nampaknya. Semangat sakan. nanti bila dah lama, dah jemu..semangat semakin luntur, hilang segala kesungguhan.
Itu memang lumrah dan kebiasaan manusia. Kita memang tidak boleh lari dari rasa jemu, jemu itulah penghalang istiqamah. Maka nabi menganjurkan, bersederhanalah dalam semua perkara, agar kamu istiqamah, waima dalam ibadah Allah lebih suka amal yang sedikit tetapi istiqamah. Hakikatnya, bila kita berlebih-lebihan ituah yang mengundang jemu dan bosan.
Memang elok melakukan segala-galanya ketika 'masih panas'. Tapi lebih elok jika kita boleh mengekalkan kepanasan hingga ke petang dan siapkan payung sebelum hujan.
Dalam semua perkara termasuk kasih sayang!!!
Hehe..sekarang boleh panggil saya Cikgu Zakia. Hari ini adalah hari pertama aku buat Latihan Mengajar. Excited sikit. Pagi-pagi dah bangun, kena solat subuh berjemaah, almaklumlah, sekolah agama. Pengetua dah warning siap-siap, kena bagi contoh teladan yang baik pada anak murid. Hehe. Semoga mampu beristiqamah..hee.
Sepanjang empat bulan ini, kena mengajar satu kelas biology dan satu kelas sains. Semoga berjaya!
Hari isnin dan rabu takda kelas langsung, kalau kat USM ni, boleh la dok kat bilik jer..tapi sakarang dah jadi cikgu, mane boleh buat macam tu..
Setakat ni, semuanya masih ok. Esok, lusa dan hari-hari selanjutnya tidak tahu apa yang menunggu. Doakan semuanya berjalan lancar ye..
Harapan? Aku mengharapkan sesuatu yang cukup besar bermula menginjak kaki disini. Bukan semata-mata tentang latihan mengajar..tapi, bersyukur ditempatkan disebuah sekolah agama bestari. Semoga rahmat dan tarbiyah yang melimpah di sekolah ini, tumpah menempiasi aku yang semakin larut dalam dunia dan nafsu. Doakanlah ye...
FIGHT OH!